Sheikh Muhyiddin Tapagoh Sanggah Nik Aziz

Nik Aziz tidak hormat mufti - Muhyiddin
KUALA LUMPUR 9 Mac - Kecaman Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap Tan Sri Harussani Zakaria menunjukkan Mursyidul Am Pas itu langsung tidak menghormati golongan mufti.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan Menteri Besar Kelantan itu juga membayangkan yang beliau menganggap dirinya terlalu 'pandai' berbanding ulama lain.

''Ini semua berpunca daripada politik. Nik Aziz melebihkan hal politik daripada benda lain dan akhirnya ini yang berlaku. Disebabkan politik Nik Aziz tidak menghormati ulama seperti Tan Sri Harussani,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sidang ke-49 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (Mabbim) di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini. Muhyiddin mengulas tindakan Nik Aziz menggelarkan Mufti Perak sebagai ejen UMNO selepas didakwa campur tangan dalam usaha membentuk kerajaan campuran Perak.

Reaksi itu adalah susulan daripada pendedahan terbuka Harussani dalam Program Dialog Za'ba- Perpaduan Melayu, Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini.

Harussani ketika menjawab kritikan Nik Aziz berkata, tujuan beliau mengungkap kembali usahanya membantu menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak adalah supaya tidak ada nada songsang yang menyatakan mufti tidak berperanan menyatukan Melayu Islam.

Muhyiddin berkata, beliau telah membaca kenyataan penuh Harussani dan percaya Mufti Perak itu menjalankan tanggungjawab serta peranannya untuk menyatukan umat Islam.

''Bagi saya Nik Aziz lebih tidak hormat dengan menganggap dirinya lebih pandai daripada orang lain. Sebab itu dia tidak boleh memberi penghormatan kepada ulama seperti Harussani,'' katanya. - Utusan

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.