Speaker Tolak Bincang Usul 'Pihak Ketiga PDRM'
Oleh Faizal Ezzany
KUALA LUMPUR 25 Mac - Usul Pakatan Rakyat untuk mendapatkan penjelasan Menteri Dalam Negeri tentang penglibatan pihak ketiga dalam pentadbiran Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ditolak oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Keputusan tersebut disampaikan melalui surat bertarikh 25 Mac kepada Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo'lo Mohd Ghazali.
Penolakkan itu dibuat atas alasan perkara tersebut telah dibangkitkan dalam sesi pertanyaan jawab lisan pada 23 Mac lalu dan telah mendapat jawapan dari menteri berkenaan.
Dr Lo'Lo menegaskan isu ini sepatutnya dijelaskan bukan ditolak kerana ia melibatkan soal keselamatan negara.
"Kita membangkitkan isu ini dibawah peraturan mesyuarat 18(1), kerana ia melibatkan masalah keselamatan negara.
"Tempat yang paling selamat bagi kita adalah institusi pertahanan dan juga polis, kalau kedua-dua dicerobohi dengan rahsia pertahanan dibocorkan dan sekarang campurtangan pihak ketiga dalam institusi polis pula. Kenyataan ini bukannya dikeluarkan oleh media tetapi dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sendiri," kata beliau.
Beliau juga kecewa dengan jawapan bertulis yang diberikan oleh Speaker.
"Saya kecewa kenapa permohonan ini ditolak, memang kita boleh membahaskan usul ini dalam perbahasan saya tetapi masa yang diberikan hanya 15 minit sahaja. Masa itu kita gunakan untuk membawa isu rakyat bukan membahas isu yang telah diketahui umum, yang mana rakyat sudah tahu masalah tersebut hanya menunggu jawapan dari menteri terbabit sahaja.
"Rakyat nak tahu apa tindakan yang telah diambil, siapa pihak ketiga,apakah arahan yang telah diberikan kepada PDRM dan adakah ia bertentangan dengan dasar KDN.
"Kenapa KDN tidak segerakan siasatan, sepatutnya KPN dipanggil bagi memberi kenyataan pada media sebelum merujuk kepada KDN terlebih dahulu, ini tidak ada apa-apa tindakan langsung. Kita mahukan penjelasan dari Kementerian Dalam Negeri kerana hal ini serius dan perlu diambil berat," tegasnya.
Pada Sidang dewan yang lepas persoalan yang sama telah dikemukakan oleh Ahli Parlimen Rasah Loke Siew Fook tentang penglibatan pihak ketiga.
Jawapan yang diberikan oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein hanyalah, "kalau ada tuduhan-tuduhan daripada pihak ketiga mencampuri ia tidak menjejaskan agenda utama kita".
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment