Tahan Mazlan: PAS Pahang kaji ambil tindakan undang-undang

KUALA KRAU, 10 Mac: Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS negeri sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan pihak polis berhubung penahanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman semalam.

“PAS Pahang sedang meneliti penahanan Mazlan. Kita juga sedang berbincang dengan pasukan perundangan kita untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuk menyaman pihak terbabit,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurut Tuan Ibrahim, penahanan Mazlan merupakan tragedi amat malang kepada demokrasi dan merupakan pencabulan undang-undang yang amat ketara dilakukan pihak keselamatan.

“Penahanan Mazlan merupakan pencabulan undang-undang terhadap kebebasan bersuara dalam negara yang Umno sendiri dakwa mengamalkan demokrasi yang bebas.

Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak), ditahan polis Pahang di Raub tengah malam tadi dipercayai berkaitan dengan dialog bersama peneroka Felda Lembah Klau, yang menyentuh pengurusan Felda.

Mazlan sebelum ini mengetuai deligasi 200 peneroka tanah rancangan Felda dari Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkenaan beberapa perlanggaran hak asasi dan ketidakadilan pengerusan Felda ke atas peneroka setelah lebih 50 tahun ia diwujudkan.

Harakahdaily masih dalam usaha menghubungi Mazlan tetapi belum dapat bercakap dengannya kerana dipercayai masih ditahan di ibu Pejabat Polis Daerah Raub.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.