Tarik balik perletakan jawatan: Sandiwara Yip atau 'imbuhan' sudah diberi?

DUN Titi Tinggi menjadi perhatian apabila ramai menjangkakan akan diadakan satu pilihanraya kecil apabila ADUN kawasan itu, Yip Sun Onn dari MCA meletakkan jawatan.

Surat perletakan jawatan sudah pun diberikan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Datuk Yazid Mat. Tetapi SPR telah bersandiwara dengan speaker DUN dengan mengeluarkan kenyataan, DUN Titi Tinggi tidak berlaku kekosongan kerana speaker masih lagi tidak memaklumkan kepada SPR atau menyerahkan surat perletakan jawatan itu kepada badan yang menguruskan perjalanan pilihanraya bukannya menentukan kosong atau tidak. Semua itu adalah urusan speaker.

Kemudian Umno-BN Perlis di bawah 'bosnya' Isa Sabu telah menggelabah kerana tindakan Yip Sun Onn itu. Dengan serta-merta, mereka itu telah memujuk-rayu Yip agar menarik balik perletakan jawatan sebagai ADUN.

Berjaya ke tidak pujuk-rayu itu tidaklah diketahui. Maka tidak pasal-pasal, Najib 1Malaysia yang berada di Hong Kong telah mengeluarkan kenyataan yang Yip akan terus menyokong Barisan Nasional selaku wakilnya bagi kerusi tersebut.

Najib menyatakan, beliau telah mendapat pengesahan daripada timbalannya.

“Saya telah menerima pengesahan daripada Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Perlis Mohd Isa Sabu bahawa Yip akan terus sokong dan tidak akan letak jawatan,” kata Najib.

Itu dia punya pasallah apa yang dia mahu lakukan. Tetapi yang menjadi perhatian, kenapa Yip Sun Onn yang terlibat secara langsung sebagai watak utama dalam kes ini tidak pula mengeluarkan kenyataan atau membuat sidang media bagi mengiyakan kenyataan 'bosnya', Najib.

Apakah Yip telah disembunyikan seperti yang berlaku ke atas beberapa 'katak-katak' di Perak yang mengkhianati hak rakyat.

Sebaliknya berlaku bagi Umno Padang Besar. Mereka mahu ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn dari MCA meletakkan jawatan walaupun Najib Razak memberi jaminan Yip tidak akan melepaskan kerusinya.

Tindakan Umno Padang Besar itu disebabkan kerana menganggap Yip Sun Onn telah tidak menghormati dan memberi tekanan terhadap kepimpinan negeri.

Tetapi apa kesudahannya?

Hari ini, selepas 'sesi pujuk-memujuk' (tidak diketahui apa maksud pujuk-rayu yang dilakukan itu), speaker DUN, Yazid Mat mengesahkan beliau menerima SMS daripada Yip yang memaklumkan keputusannya menarik balik surat letak jawatan.

Pengesahan speaker DUN berkenaan SMS yang diterima itu masih lagi kabur kerana Yip belum mengemukakan surat formal untuk menarik balik surat letak jawatan, sekali gus menimbulkan keraguan tentang penerimaan SMS terbabit.

Sejak dari diumumkan perletakan jawatannya itu, sampai sekarang Yip masih lagi belum bersuara secara formal seperti kebiasaan (sidang media).

Persoalannya, dimana Yip telah 'disembunyikan' atau 'bersembunyi'?

Apakah berulang kembali peristiwa 'kehilangan' beberapa bekas ADUN Pakatan Rakyat dari Perak yang melompat sehingga jatuhnya kerajaan pilihan rakyat.

Yang berlainannya, di Perak, BN didakwa membeli ADUN Pakatan bagi menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat. Namun di Perlis, BN mungkin 'membeli' ADUNnya sendiri untuk mengekalkan kerajaannya sendiri.

Jika benar apa yang didakwa speaker DUN berkenaan SMS yang diterima dari Yip itu, Maka WarkahDaily merasakan apakah semua ini merupakan sandiwara yang sengaja dimainkan atau Yip sudah diberi 'imbuhan' agar tidak meletakkan jawatannya ADUN selepas proses 'pujuk-memujuk' telah dilakukan.

Jika sandiwara, apakah motifnya? mungkin Yip cuba mengugut kerajaan Perlis yang telah menggugurkan beliau daripada jawatan exco baru-baru ini. Kemudian selepas dipujuk dengan 'imbuhan', maka Yip menarik balik perletakan jawatannya. Apakah kebenarannya, bersamalah kita tunggu.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.