Tolak Pilihan Raya Kerajaan Tempatan, Tutup Kelemahan BN

PULAU PINANG 9 MAC: Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengadakan pilihan raya kerajaan

tempatan bertujuan menutup kelemahan kerajaan Umno-BN yang ketandusan idea bagi membaiki kehidupan rakyat.

Bercakap kepada TV Selangor, Liew Chin Tong kesal kerana Najib secara semberono menolak cadangan itu semata-mata kerana idea berkenaan datangnya dari kerajaan Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Bukit bendera itu turut menggesa Najib supaya mempertimbang dan meneliti cadangan itu terlebih dahulu sebelum dibakulsampahkan demi kebaikan rakyat keseluruhan.

"Kerajaan Umno-BN tiada idea untuk memajukan, membela rakyat. Tapi apabila Pakatan Rakyat mengemuka idea bernas, mereka tolak kerana ia cadangan pihak lawan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Haniza Talha berpendapat pilihan raya tempatan dapat melahirkan ahli majlis yang berwibawa dan berjiwa rakyat.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

1 comment

Panglima7 said...

Salam Tuanhamba Kerabu,
Tujuan hamba datang mengadap memohon apalah sudi kiranya tuanhamba memuatkan link hamba dengan link tuanhamba. Semoga Allah merahmati tuanhamba.

Panglima7 said.

Powered by Blogger.