Bangang Dan Dungunya Kenyataan Pemimpin PERKASA Berkaitan Isu Arak

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 11 Mei — Perkasa menempelak kenyataan Dewan Pemuda PAS yang mendesak Perkeso, agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia dengan 5.5 juta pencarum, agar menarik balik pelaburannya dalam syarikat minuman keras Carlsberg.

Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah berkata sepatutnya Dewan Pemuda PAS mendesak kerajaan Selangor menutup kilang arak tersebut bukannya menyalahkan kerajaan pusat.

“Dewan Pemuda PAS mendesak supaya Perkeso menarik balik pelaburan dengan syarikat Carlsberg tetapi mereka kena faham kilang arak itu ada di mana kalau bukan di Selangor.

“Jadi saya cadangkan kepada Dewan Pemuda PAS supaya desar kerajaan Selangor yang kini diperintah Pakatan Rakyat (PR) supaya menutup kilang arak tersebut.
“Penyelesaiannya mudah sahaja, tutup kilang arak jadi tidak adalah pelaburan dengan dengan syarikat tersebut,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi yang mendesak Perkeso, agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia, supaya menarik balik pelaburannya dalam syarikat minuman keras Carlsberg selaras dengan pematuhan prinsip syariah.

Sayap pemuda PAS itu mahu Perkeso membuat keputusan segera dengan membatalkan pelaburannya memandangkan 90 peratus kakitangannya dan sebahagian besar pencarum merupakan penganut agama Islam.

Arman Azha berkata PAS mengatakan bahawa mahu memperjuangkan sebuah negara Islam tetapi pada masa sama membenarkan kilang arak beroperasi dalam negeri pimpinan mereka.

“Dulu masa Barisan Nasional (BN) memerintah, PAS yang diketuai Datuk Dr Hasan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor) kata, kalau jadi kerajaan perkara pertama yang akan dibuat adalah tutup kilang arak.

“Tapi kini selepas dua tahun PR memerintah mereka bukan sahaja tidak menutup kilang arak tetapi pada masa sama memperbaharui lesen perniagaan syarikat tersebut.
“Selain itu, tindakan kerajaan PR memperbaharui lesen perniagaan syarikat arat tersebut jelas menunjukkan PAS setuju akan kewujudan syarikat tersebut di Selangor.
“Ini juga membuktikan bahawa mereka (PAS) hanya tahu mendesak tetapi tidak berani melakukannya,” katanya.

Apabila ditanya mengenai soal halal dan haram, Arman Azha memberitahu, perkara tersebut jangan merujuk kepada Perkeso tetapi kerajaan Selangor.
“Dewan Pemuda PAS kata hasil keuntungan saham tersebut diberikan kepada kakitangan Perkeso sebagai gaji dan tidak tahu sama ada wang tersebut halal ataupun tidak.
“Saya nak tanya balik kepada PAS adalah kilang arak di Selangor itu halal ataupun haram?

“Jadi saya minta Dewan Pemuda PAS supaya lihat dulu perkara ini jangan mahu komen sahaja bak kata pepatah 'kuman sebarang laut nampak tapi gajah depan mata tidak nampak.

“Kalau betul PAS mengambil berat akan perkara mereka patut tutup kilang arak tersebut,” katanya.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.