ADUN Talat patah rusuk, kenderaan terhumban
ADUN Tarat, Roland Sagah Wee Inn, patah tiga tulang rusuk sebelah kanan apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya terjatuh dalam gaung di Jalan Puncak Borneo petang ini.
Katanya beliau percaya punca kemalangan mungkin ada kaitan dengan masalah brek kenderaan tersebut.
Bercakap kepada pemberita selepas menerima rawatan di Unit Kemalangan dan Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching, katanya selain beliau sebagai penumpang, turut berada di dalam kenderaan tersebut ialah seorang pemandu dan tiga lagi penumpang lain tetapi kesemuanya tidak mengalami kecederaan parah.
Roland yang kelihatan tenang berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang selepas menghadiri mesyuarat berkaitan dengan tanah dengan pegawai Jabatan Tanah dan Survei dan ketua-ketua kaum selain daripada penyampaian sumbangan Gawai di Kuching yang berakhir pada jam 1 petang.
"Semasa menuruni puncak tersebut, kenderaan tiba-tiba hilang kawalan dan terus terjatuh ke dalam gaung," katanya sambil menambah semasa terjatuh tersebut kenderaan berpusing dua kali dan melanggar pokok di sekitarnya.
Beliau berkata, kenderaan tersebut berhenti berpusing apabila terlanggar salah sepohon pokok yang ada dalam gaung tersebut.
"Semasa kenderaan berpusing saya hanya mampu berdoa mengharapkan tiada apa-apa berlaku kepada semua yang berada di dalam kenderaan, nasib baik tiada yang mendapat kecederaan serius," kata Roland.
"Selepas kemalangan berlaku, kebetulan ada kenderaan pacuan empat roda lain melalui kawasan kemalangan tersebut yang digunakan untuk acara dihadiri oleh Anggota Parlimen Mambong yang juga Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit," tambahnya.
"Bila mereka menyedari kemalangan berlaku, usaha menyelamat dijalankan termasuk menghantar kami ke HUS pada petang ini," katanya.
- Bernama
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

1 comment
Allah mula memberi peringatan,
Terutama bila judi yg.haram di halalkan.
Mari kita berdoa agar Kaum Muslimin dan Muslimat wal mukminin na walmuminat di beri perlindungan ole Allah S.w.t.
Post a Comment