Party Tea dan PERKASA

Baru-baru ini, antara isu yang paling hangat dibincangkan di Amerika Syarikat adalah, sejauh manakah pergerakan Parti Tea (Tea Party Movement) memberi kesan terhadap Democratic Party dan Republican Party. Tea Party bangkit pada tahun 2009, tanpa struktur organisasi yang rapi. Namun, organisasinya memperlihatkan ciri-ciri "akar umbi"-nya, dan tidak tertumpu.

Anggota Tea Party-lah antara yang paling lantang membantah agenda ekonomi Presiden Barack Obama (gambar kanan), khususnya dasar perubatan. Sepanjang tempoh penggubalan dasar perubatan tahun lalu, anggota Tea Party merupakan tunjang membangkang reformasi perubatan, malah mendakwa bahawa mereka akan menumpaskan ahli dewan yang menyokong dasar reformasi perubatan.

Pada awal tahun ini, ramai yang terbeliak dengan kuasa politik baru ini apabila Scott Brown berjaya menumpaskan calon Democratic Party dalam pilihan raya kecil khas dewan senat di Massachusett dengan sokongan Tea Party.

Anggota Tea Party memusuhi Barack Obama, malah slogan yang muncul dalam demonstrasi mereka sarat dengan serangan peribadi terhadap Presiden ini, meskipun banyak serangan yang tidak berasas. Oleh sebab kebanyakan anggota Party Tea terdiri daripada orang putih, maka pertentangan ini berbau perkauman.

Fenomena Party Tea

Fenomena Party Tea dijelaskan sebagai populist atau serangan balas kuasa sayap kanan. Malah, ada yang mengesyaki ia dicatur oleh golongan yang berada, atau kembalinya semangat perkauman. Label-label ini disangkal oleh anggota Party Tea, yang menggambarkan diri mereka sebagai "I am We are the people" untuk menentang eksploitasi dan kawalan daripada kerajaan persekutuan.

Siapakah anggota Party Tea sebenarnya? Apakah ketidakpuasan mereka? Apakah pendirian mereka terhadap isu lain? Mengapa mereka bangkit secara tiba-tiba? Sejauh manakah pengaruh dan apakah pengaruh mereka? Demikianlah persoalan yang berlegar dalam minda pemerhati politik Amerika Syarikat. Soal selidik yang dijalankan oleh New York Times dan stesen televisyen CBS pada awal April ini, memberi gambaran yang paling menyeluruh tentang fenomena Party Tea.

Rungutan golongan menengah

Menurut soal selidik ini, sebanyak 18% orang Amerika Syarikat bersetuju dengan Party Tea. Antaranya, kebanyakannya adalah lelaki orang putih yang telah berkahwin, penyokong Republican Party, berumur 45 tahun ke atas, dan sebanyak 30% daripada mereka telah bersara. Ciri-ciri yang lain adalah tahap ekonomi dan pendidikan mereka lebih tinggi daripada paras normal. Jika dilihat daripada ciri-ciri sosial anggota Party Tea, mereka bukanlah golongan minoriti (lemah) dalam sosial-ekonomi, malah lebih merupakan golongan menengah atas.

Mereka tidak berpuas hati dengan "kerajaan yang besar" (cukai yang tinggi dan kebajikan yang tinggi), menuntut agar kerajaan mengurangkan cukai dan perbelanjaan kerajaan. Namun, ramai penyokong Party Tea terus menikmati dua perbelanjaan kebajikan yang terbesar oleh kerajaan Amerika Syarikat, iaitu insuran sosial dan insuran perubatan warga emas.

Dalam isu perkauman, sebanyak 50% penyokong Party Tea menganggap masalah orang berkulit hitam di Amerika Syarikat diperbesarkan (30% bertanggapan demikian secara umumnya). Satu perempat daripada penyokong Party Tea menganggap dasar Barack Obama menyebelahi orang berkulit hitam (10% beranggapan sedemikian secara umumnya). Anggota Party Tea membantah dengan lebih keras dalam isu sosial seperti homoseksual, imigran haram, pengguguran bayi berbanding warga AS yang biasa.

Ringkasnya, anggota Party Tea secara umumnya tidak bersimpati terhadap golongan minoriti. Perangkaan soal selidik menunjukkan bahawa pendirian mereka lebih konservatif (daripada umum) sama ada dalam isu sosial mahupun ekonomi. Namun demikian, lebih daripada 80% anggota Party Tea menganggap mereka mencerminkan pandangan warga AS yang biasa, sebaliknya pendapat ini hanya dikongsi oleh 25% warga AS biasa.

Soal selidik ini membuktikan persepsi ektrem konservatif yang diberikan oleh Party Tea kepada umum. Di samping itu, ia membongkarkan mitos yang cuba direka anggota Party Tea. Apa yang paling hipokrit, sementara anggota Party Tea menuntut pengurangan perbelanjaan kerajaan, mereka mendesak agar kerajaan terus membekalkan insuran sosial dan perubatan.
Ciri-ciri organisasi Party Tea mungkin memberi gambaran seolah-olah ia satu pergerakan anti elit daripada rakyat, pada hakikatnya ia satu pergerakan orang kaya yang berasaskan "rungutan golongan menengah atas".

Bagaimana pula dengan PERKASA?

Ramai yang cuba membandingkan Party Tea dengan PERKASA di Malaysia. Pertubuhan yang diasaskan oleh ahli parlimen bebas pro-UMNO Ibrahim Ali ini mendakwa dirinya mewakili kepentingan Melayu biasa, dan menjuarai isu ini sehabis-habisnya. Malah, PERKASA memberi amaran agar bukan Melayu jangan membuat tuntutan melampau.
Namun demikian, kita sebenarnya tidak jelas tentang ciri-ciri organisasi dan anggota PERKASA, pengaruhnya dan sebagainya.

Akademik politik Farish Noor menjelaskan kebangkitan PERKASA dengan perspektif ekonomi, iaitu "isu kelas". Sebagaimana yang dipetik, "Ia (PERKASA) mencerminkan keresahan Melayu miskin terhadap proses globalisasi. Keresahan itu adalah manifestasi terhadap ekonomi negara kita yang tidak menentu."

Analisa Farish Noor dipertikai oleh seorang lagi ahli akademik, Lim Teck Ghee . Ketika mengupas latar belakang pimpinan organisasi dan ideologinya, Lim Teck Ghee mendakwa bahawa jelas pertubuhan ini adalah satu institusi perkauman. PERKASA adalah sayap UMNO dan tiada kena-mengena dengan kelas dan ekonomi.

Bagaimanapun, Lim Teck Ghee (gambar kanan) juga menyatakan bahawa keahlian, latar belakang, ciri-ciri dan pengaruh PERKASA tidak diketahui sebenarnya. Sungguhpun Lim Teck Ghee telah menunjukkan kepada kita ideologi perkauman yang dimiliki pimpinan PERKASA, tetapi kita masih gagal mengenali pertubuhan ini secara menyeluruh.

Dalam dua tahun kebelakangan ini, PERKASA menyasarkan musuhnya di luar UMNO Saya tidak berpendapat bahawa pengaruhnya harus diperbesarkan, dan mungkin ia sekadar fringe movement (bukan arus perdana). Namun, ia mungkin berpengaruh.

Dalam satu soal selidik yang dijalankan Merdeka Center baru-baru ini, hampir 60% orang Melayu menyetujui pandangan tertentu PERKASA. Namun, soal selidik ini tidak mengulas lanjut, dan masih tiada analisa yang menyeluruh terhadap PERKASA sehingga kini. Saya menanti-nantikan satu soal selidik dijalankan untuk mengupas PERKASA, sebagaimana apa yang dilakukan terhadap Tea Party.

*Ngeow Chow Bing



Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.