Aksi seks ketika memandu cetus bahaya

WASHINGTON - Tinjauan mendapati aktiviti seks turut termasuk dalam beberapa tindakan bahaya ketika memandu selain menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS).

Hasil tinjauan mendapati 28 peratus responden dari enam negara mengaku menghantar SMS ketika memandu.

Seramai 72 peratus responden makan atau minum dengan kerap ketika memandu manakala 35 peratus lagi mengaku sedang bersiap atau menanggalkan pakaian.

Namun, fakta akhir tinjauan begitu mengejutkan apabila 29 peratus responden mendakwa sering bercium ketika memandu.

Lebih separuh daripadanya atau 15 peratus mengaku berasmara atau melakukan hubungan seksual lain semasa sedang memandu kenderaan.

Mereka yang sering membetulkan gaya rambut atau mekap di muka pula membabitkan 23 peratus responden.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.