Cabaran Debat Pemuda PAS Terhadap Datuk Ibrahim Ali : Sahut Cabaran Jika Anak Jantan

• Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas ingin memberikan respon berkenaan dengan cabaran Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin bin Hassan Tantawi terhadap Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim bin Ali untuk berdebat di dalam isu lesen judi. Cabaran tersebut telah disiarkan oleh web portal Malaysiakini dan akhbar Sinar Harian pada 26 Mei 2010.

• Bagi pihak rakyat kawasan Pasir Mas yang telah mengundi Datuk Ibrahim Ali sebagai ahli parlimen di dalam pilihanraya umum ke 12 yang lepas, kami mendesak agar beliau menyahut cabaran tersebut jika beliau benar-benar anak jantan.

• Ini kerana sejak akhir-akhir ini, beliau yang bertanding di atas tiket PAS di dalam pilihanraya umum yang lalu semakin lantang menyerang kepimpinan PAS dan juga kepimpinan negeri-negeri Pakatan Rakyat.

• Terbaru apabila beliau mencabar supaya Pemuda PAS mendesak kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat untuk menarik lesen judi yang pada hakikatnya dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan di bawah pentadbiran kerajaan pusat.

• Walau apapun, setelah dicabar berdebat oleh Dewan Pemuda PAS Pusat, pihak DPPKPM mendesak Datuk Ibrahim Ali untuk menyahut cabaran tersebut bagi membuktikan kebenaran dakwaan beliau bahawa PAS tidak ikhlas di dalam menentang perlesenan judi bola sepak Piala Dunia 2010. DPPKPM berharap agar beliau tidak hanya tahu berkokok seorang diri tetapi berani tampil selaku anak jantan.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,


AHMAD FADHLI BIN SHAARI
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas (DPPKPM)

Bertarikh : 26 Mei 2010 @ 12 Jamadil Akhir 1431H


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.