Auction 1 Malaysia :Kini Giliran Tanah KTMB ...

Oleh: bukitkeplu

"Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat mangkuk Hayun..Itulah Bait lagu ketika ku ikuti kursus BTN semasa belajar dahulu

Saudaraku,

Dizaman Pak lah 2 Telaga Minyak Milik Sabah Tegadai disamping kita juga hilang kedaulatan keatas Pulau Batu Putih .Kini diera 1 malaysia BN diutamakan satu lagi projek Mega jual Harta Pusaka negara telah dimetarai .

Sejarah menunjukkan Tanah KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar Tanah yang termaktub sebagai milik mutlak KTM.Namun kita hairan apakah kaedah perundingan diguna pakai sehingga membolehkan syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd. yang hanya akan ditubuhkan sebelum 31 Dis depan dimanna Temasek Holdings Limited milik kerajaan Singapura memiliki kepentingan sehingga 40% Sedangkan tanah ini milik KTMB ...Hak Malaysia..milik bersama seluruh rakyat Malaysia.

Seluruh rakyat tertanya ..Apakah Status Tanah itu Masih milik KTMB atau sudah tergadai ?Sepatunya PM perlu menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia status hak milik tanah itu yang saya pasti akan bertukar akhirnya.

Semalam adalah kisah duka yang pasti akan dikenang sebagai sejarah dimana tanpa mandat rakyat telah dimeterai persefahaman antara Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel Singapura untuk memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

Mungkinkan Selepas ini giliran Wilayah Iskandar ??

Saya yakin jika BN terus memerintah..selepas ini satu persatu harta pusaka negara akan tergadai sebagaimana yang terjadi pada Bumi Palestin.Dan saya masih ingat kata-kata-kata Allayarham Dr. Zulkifli bahawa Singapura adalah Yahudi Timur..


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.