Perlawan Hero Tamil Dengan Hero Melayu Bermula..HaHa

Pemuda UMNO Perak desak Vell Paari minta maaf


IPOH 26 Mei - Pergerakan Pemuda UMNO Perak hari ini mendesak anak Presiden MIC, S. Vell Paari meminta maaf secara terbuka kepada Presiden UMNO berikutan tuduhan liar yang dibuat terhadap parti itu.

Sambil menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak `masuk akal', ketuanya, Maslin Sham Razman berkata, permohonan maaf perlu bagi menjamin perpaduan di kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN).

Tegas beliau, Vell Paari tidak sepatutnya menuding jari kepada orang lain dengan masalah kepimpinan yang dihadapi MIC, sebaliknya membantu menyelesaikan kemelut tersebut dengan cara lebih bijak.

``Pemuda UMNO Perak kesal dengan kenyataan Vell Paari yang jelas tidak menghormati semangat perpaduan di kalangan parti komponen BN selama ini,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Utusan


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.