Barry Wain Tertipu Dengan Tangisan Mahathir?

Oleh Ustaz Saiful Bahri

Wain: Mahathir berwajah dua.

Ketika Malaysiakini menyiarkan wawancaranya bersama Barry Wain yang terkenal kini apabila bukunya Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times yang merekodkan kepincangan pentadbiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Wain berkata, semua maklumat didalam bukunya itu termasuk dakwaan penyelewengan berjumlah RM100 bilion oleh Dr Mahathir itu disokong oleh bukti. Beliau hadir ke Malaysia untuk mempromosikan bukunya itu yang bakal diulang cetak kali keenam dan diterjemahkan ke bahasa Melayu dan Cina.

Ketika mengimbas kembali drama yang berlangsung ketika Mahathir menangis ketika memberi ucapan terakhir sebagai presiden Umno di perhimpunan parti itu, Wain berkata linangan air mata itu bukanlah dibuat-buat. "Saya langsung tidak fikir dia berlakon semata-mata. (Mahathir) menangis kerana hatinya benar-benar diruntun emosi," katanya lagi.





Amacam Barry Wain. Kita Tengok Sapa yang Kenaaaa....


Penulis tergelak keseorangan. Betapa rupanya orang yang teliti seperti Barry Wing pun terpesona dengan 2 wajah Mahadhir. Ia gagal mengesan lakonan berkesan Mahathir dalam ucapan akhirnya dalam Perhimpunan Agung UMNO untuk pura-pura meletak jawatan. Usaha test market beliau itu berkesan sehingga ramai yang terpesona. Ketua Wanita UMNO sendiri sampai tercabut kasut merayu supaya jangan letak jawatan. Kita tidak menyalahkan Barry Wain atas kegagalannya mengecam air mata buaya Mahathir. Sebab mungkin ia bukan melayu. Ia tidak menyangka bahawa di Malaysia ini ramai pelakon yang boleh mengalahkan primadona Hollywood. Apatah lagi adanya darah bollywood yang mengalir dalam tubuh Mahadhir. Lagilah power. Barry Wain tidak boleh membezakan airmata buaya dan airmata raksasa

Hanya satu saja tangisan ahli politik seperti Mahadhir yang benar-benar mengeluarkan air-mata. Itupun kerana terpaksa iaitu peristiwa beliau disembur gas ketika baru keluar dari pintu Sultan Ismail Petra Airport, Kota Bahru, Kelantan pada 28 Julai 2007. Semburan itu biasanya digunakan oleh wanita untuk menyembur perogol tetapi Mahadhir dan Ibrahim Ali yang kena bahananya. Barry Wain! Itulah airmata Mahadhir yang bukan lakonan. Siap meleleh air hidung sekali.





Apalah orang yang keras hati, pendendam serta pengamal pragmatis itu tahu tentang jiwa dan perasaan. Orang yang menghina hukum Islam, sanggup menyumbat siapa sahaja yang menentangnya ke ISA, tangan dibalik tabir darah-darah pejuang di Memali, orang yang sanggup merobek demokrasi yang dicanangnya, perampas royalty rakyat Terengganu… lihatlah dendam kesumatnya terhadap Pak Lah dan Anwar Ibrahim. Ingatkan usia sudah dihujung julai.. tau jugak untuk bertobat. Tetapi mungkin ia ingin menongkat langit.

Ramai lagi pelakon air-mata yang mengalahkan Nordin Ahmad maupun Azean Irdawaty. Tengok sendirilah. Kenapa begini? Tidak lain dan tidak bukan ianya adalah demi kepentingan politik peribadi masing-masing. Kalaulah demi perjuangan pun ianya hanya sekadar airmata nasionalisme yang tidak pergi kemana-mana. Mana satu airmata taqwa dan mana satu air mata buaya?







Menurut Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyyah, tangisan boleh diperincikan menjadi 10 jenis mengikut pelbagai maksud dan tujuan. Tangisan kasih sayang, ketakutan, gembira, kegundahan, cinta dan rindu, kesedihan, tidak berdaya, kemunafikan, orang upahan dan tangisan ikut-ikutan.
Satu tangisan yang istimewa dianugerahkan Allah SWT kepada hambaNya. Tangisan ini tidak bersifat melemahkan semangat, bahkan ia boleh menghidupkan jiwa yang sudah lama mati. Ia tidak mendatangkan rasa putus asa dan kesakitan, bahkan air mata ibarat gelombang membangkitkan rasa optimis, kecekalan dan azam bergelora.

Tangisan itu membawa satu janji untuk hidup lebih bererti dan ia mampu mencelikkan pandangan mata hati meneroka alam lebih jauh lagi. Alam ghaib tidak nampak di mata kasar, hanya hati yang beriman boleh merasai kebenarannya. Tangisan itu dianugerahkan kepada Nabi dan Rasul, syuhada dan orang salih. Mereka berhak mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan, selain perlindungan-Nya.

Ianya adalah air mata taqwa. Airmata yang takut kepada Allah Swt. Takut akan azabnya. Takut akan hari kiamat kelak. Sebagaimana Sabda Rasulullah Saw:-

“Dan seseorang yang berzikir mengingati Allah dalam keadaan sendirian, lalu berlinanganlah air matanya kerana takutkan Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari)


Ataupun mata yang berjihad di jalan Allah Swt. Berjaga malam dengan kerja-kerja kearah menegakkan Islam dan berjuang kearahnya.



عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ عَيْنَانِ لَا تَمَسُّهُمَا النَّارُ عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ


Daripada Ibn Abbas r.a berkata bahawa aku mendengar Rasulullah Saw bersabda: Dua mata yang tidak disentuh oleh api neraka. Mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga malam fi Sabilillah.


Menurut Hasan bin Muhammad Ba’Mu’aibid dalam bukunya iaitu ‘Hikmah terapi air mata menangis kerana Allah’. Ia menyebut bahawa air mata boleh memanjangkan umur, airmata boleh melegakan tekanan dan emosi. Tetapi dalam banyak-banyak airmata adalah yang paling berbisa. Iaitu antaranya airmata ibu-bapa dan juga airmata orang yang zalim.

Tangisan orang zalim adalah kepentingan politik mereka. Tiada taqwa disebaliknya. Ianya sebagai strategi untuk mencapai matlamat yang tersembunyi. Disebalik tanggisan itu tergumpal seketul daging didalam dadanya yang penuh dengan nafsu, kezaliman, penindasan dan tiadanya keinsafan.


Semoga Allah menyelamatkan kita dari menjadi mangsa kepada sang buaya yang mengalirkan airmata.





Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.