Bekas Pakar Forensik PDRM Bantu Keluarga Aminulrasyid
Oleh Frederick Luccas
SHAH ALAM 4 Mei - Peguam keluarga Aminulrasyid Amzah, Karpal Singh yakin bantuan bekas ahli forensik Polis DiRaja Malaysia, Amidon Anan akan memperkukuhkan fakta kes sambil mengalu-alukan tawaran tersebut.
Amidon Anan yang berpangkat Superintenden Polis sebelum bersara pada 2008 merupakan seorang pakar forensik yang pernah terlibat dalam banyak kes berprofil tinggi seperti kes pembunuhan Canny Ong pada 2002 dan Altantuya Shaaribuu pada 2006.
Karpal Singh yang juga Pengerusi Kebangsaan DAP telah dilantik oleh Norsiah Mohamad, ibu kepada Aminulrasyid yang mati ditembak polis 26 April lalu untuk mewakili beliau dalam semua proses undang-undang berkenaan kematian anaknya.
Karpal akan bertindak bagi pihak keluarga mangsa untuk menbuat tuntutan sivil dan jenayah terhadap Polis DiRaja Malaysia dan kerajaan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata akan melawat tempat kejadian bersama keluarga mangsa hari ini untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai kes ini.
"Saya berharap polis akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya untuk memastikan keadilan ditegakkan, demi kepentingan awam," kata peguam terkenal itu kepada Suara Keadilan.
Berhubung cadangan pihak polis untuk mengadakan inkues, Karpal menyatakan bukti mangsa mati disebabkan tembakan adalah amat kukuh dan tidak perlu untuk siasatan sedemikian.
"Jikalau benar tembakan dilepaskan sebanyak 20 das dan jelas luka di belakang kepala Aminulrasyid disebabkan oleh tembakan peluru, maka butki ini cukup kukuh untuk mensabitkan anggota polis terbabit untuk dakwaan membunuh di bawah Kod Penal Seksyen 302 yang membawa hukuman mati mandatori," jelas Karpal lagi.
Karpal berkata anggota polis tersebut berhak mendapatkan siasatan yang adil tetapi memandangkan kedua pihak yang terlibat dalam siasatan adalah juga polis, maka ada kecenderungan siasatan untuk dipengaruhi oleh unsur kemanusiaan seperti kawan dan sebagainya.
Untuk mengelakkan masalah ini timbul beliau mencadangkan siasatan dibuat oleh pegawai tinggi polis dari Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai kepentingan dalam kes ini.

No comments
Post a Comment