Dakwaan Rasuah Ahli Parlimen Kapar Dirujuk Ke Selcat
Oleh Norasikin Samsi
SHAH ALAM 12 Mei - Kerajaan Negeri Selangor akan merujuk aduan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam tentang wujud unsur rasuah dalam syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).
Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco tengahari tadi, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap Pengerusi Selcat yang juga Speaker Dewan Negeri Selangor, Teng Chang Kim dapat bertindak terhadap aduan tersebut dengan segera supaya satu sesi pendengaran awam dapat dijalankan.
Menurut Khalid, kerajaan negeri akan memberi arahan kepada semua kakitangan jabatan kerajaan dan pegawai KSSB untuk memberi kerjasama penuh kepada Selcat dalam pendengaran tersebut.
"Kami berpendapat Selcat adalah forum terbaik untuk membincangkan dakwaan itu kerana ia dilakukan secara terbuka dan maklumat serta fakta yang diberikan tidak disembunyikan dari pengetahuan umum," katanya.
Menteri Besar berkata, keputusan tersebut dibuat setelah pihaknya meneliti aduan yang diterima secara rasmi oleh Manikavasagam sendiri dalam satu pertemuan pagi tadi.
"Dalam pertemuan itu, kami juga menasihatkan Ahli Parlimen Kapar untuk membuat laporan polis mengenai perkara tersebut supaya tampak lebih telus lagi," ujarnya.
Tambah beliau, tindakan itu selari dengan dasar Kerajaan Negeri Selangor mengamalkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam pentadbiran serta menyokong semua usaha untuk membanteras gejala rasuah.
"Oleh itu, kami berterima kasih kepada Ahli Parlimen Kapar atas keprihatinannya dalam pentadbiran negeri Selangor," katanya.
Menteri Besar turut menegaskan Kerajaan Selangor mengambil berat dakwaan ini dan mahu tindakan sewajarnya diambil untuk memelihara imej KSSB yang mempunyai peranan penting menjayakan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Sebelum ini, Manikavasagam mendedahkan wujud penyelewengan yang dibuat tiga kakitangan syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd.
Hadir sama dalam sidang media itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar, Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan, Dr Halimah Ali dan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment