Di Mana Istana ‘Raja-Raja’ Kita?
SIBU 8 Mei – Barisan Nasional (BN) menggangap setiap pengundi adalah ‘raja’ dan berharap setiap seorang daripada mereka tanpa mengira kaum akan membantu dan menyokong BN dalam pilihan raya.
Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sehubungan itu, BN perlu mengetahui bagaimana untuk menguruskan golongan itu dengan baik agar tidak hanya mendapat sokongan daripada satu-satu kaum sahaja.
“Harapan kita di semua kawasan, sama ada Cina, Melayu, Iban dan lain-lain akan membantu, dan kita telah sebutkan dalam pilihan raya kecil atau umum yang pengundi adalah raja,” kata Timbalan Perdana Menteri.(Utusan Malaysia)
Apabila pengundi adalah ‘raja’ maka wajarlah mereka dilayan dengan cara yang istimewa. Akan tetapi perkara sebaliknya yang selalu berlaku. Raja tidak diberikan takhta, tidak dibinakan istana. Maka ramai yang tinggal di dalam pondok buruk yang tidak layak dipanggil rumah. Malahan ramai juga yang tiada tempat berteduh langsung, melainkan berlindung di bawah jambatan atau rumah kotak. Raja-raja tidak boleh dibiarkan merempat tanpa ‘istana’. Binakan ‘istana’ untuk mereka, biarpun tidak sehebat kediaman PM di Putrajaya, atau banglo mewah YB kita, memadailah jikalau semua mereka mempunyai tempat tinggal.
Jikalau pengundi adalah ‘raja’ maka kerajaan yang tidak menunaikan janji kepada raja adalah penderhaka. YB adalah kepala penderhaka kerana sering beromong kosong di hadapan ribuan raja setiap kali menjelang pilihan raya.
Dalam Hikayat Hang Tuah, penderhaka hukumnya dibunuh. Dalam Sejarah Melayu penderhaka juga dibunuh.
Bagaimana dengan sejarah pasca merdeka Malaysia? Adakah penderhaka juga akan dihukum bunuh?
Jawabnya ya. Penderhaka tetap dibunuh. Bukan dengan disula bambu runcing, digantung sehingga mati, atau ditembak pada dada, tetapi dinafikan impiannya ingin jadi YB. Inilah hukum ‘bunuh’ paling digeruni. Tidak boleh jadi YB bererti peluang jadi orang besar sangat tipis. Maka peluang mengumpul kekayaan pun tertutup. Hukuman ini telah ‘membunuh’ ramai orang-orang besar lewat PRU yang lalu.
Hukuman ini akan berulang dan berterusan selagi raja-raja berkuasa dan bijak menggunakan kuasa yang ada pada tangan mereka!
http://satumalaysia.wordpress.com/
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment