FELDA: Antara wang dengan undi
Kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRK Sibu membeliakkan sesetengah pemerhati politik, yang juga terkejut dengan kekalahan PR dalam PRK Hulu Selangor pada bulan lalu. Malah, sesetengah aktivis politik secara sinis mendakwa "penduduk rumah panjang lebih cerdik daripada peneroka FELDA", kerana tidak terperdaya dengan umpan dan gula yang ditabur Barisan Nasional sepanjang tempoh kempen pilihan raya.
Antara yang paling dipertikaikan ketika PRK Hulu Selangor, BN menawarkan RM50 ribu seorang untuk peneroka FELDA dalam kawasan tersebut, dilihat sebagai faktor utama BN merampas kembali kerusi yang dimenangi PKR pada PRU ke-12.
Janji dan gula politik semasa PRK bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia, walaupun jelas ditafsir sebagai rasuah di negara lain. Namun, adalah sesuatu yang menarik seandainya kita mengimbas sejarah perkembangan FELDA, meneliti bagaimana dasar afirmatif ini, berkembang menjadi gelanggang rent seeking yang memperlihatkan pertukaran kepentingan.
Pendek kata, ia menjadi pertukaran antara undi untuk politik UMNO, dengan kepentingan ekonomi penduduk Melayu di luar bandar.
PRK Hulu Selangor
Menurut laporan The Malaysian Insider pada 27 April 2010, generasi kedua daripada Rancangan FELDA mengakui bahawa faktor yang mendorong mereka untuk mengundi BN dalam PRK Hulu Selangor adalah kerana "janji Perdana Menteri untuk membayar pampasan tanah sebanyak RM50 ribu". Malah, mereka mengugut, sekiranya BN tidak mengotakan janji, mereka akan mempertimbangkan untuk mengundi PR dalam PRU yang akan datang.
Pada 23 April 2010, ketika PM Najib berkempen di kawasan FELDA Sungai Buaya, beliau mengumumkan bahawa RM50 ribu akan diberikan kepada 100 orang peneroka sebagai pampasan tanah. Idiqa Holding Sdn Bhd yang bertanggungjawab untuk melangsaikan wang pampasan telah memberi RM1000 setiap seorang kepada 100 orang peneroka FELDA di situ. Beliau berjanji, RM49 ribu yang menjadi bakinya, akan diberi selepas pilihanraya kecil. Keesokkannya, 263 orang peneroka FELDA yang lain turut mendapat wang pampasan sebanyak RM 50 ribu.
Menurut laporan media, Najib berjanji untuk membayar pampasan RM160 ribu bagi setiap ekar tanah, dengan syarat kerajaan negeri Selangor wajib dikembalikan ke dalam tangan BN supaya pembangunan berjalan lancar.
Menurut seorang peneroka FELDA generasi kedua, seramai 363 orang peneroka telah menjual 510 hektar tanah kepada seorang kontraktor, tetapi tidak mendapat sebarang pampasan sepanjang 17 tahun ini (lantaran krisis ekonomi yang menyebabkan projek itu tergendala). Menurut anggaran mereka, setiap orang peneroka FELDA sepatutnya mendapat pampasan sebanyak RM500 ribu hingga RM1 juta.
Peneroka FELDA mendakwa diri mereka sebagai penyokong BN yang taat setia selama ini, dan tidak pernah memangkah undinya untuk pembangkang. Namun BN langsung tidak menghulurkan sebarang bantuan sepanjang 17 tahun ini. Mereka yang hilang sabar menuntut agar BN mengotakan janji yang telah ditaburkan.
Sesetengah peneroka FELDA berpendapat bahawa peruntukan wang ini bukanlah sesuatu yang menggembirakan. Ini kerana wang ini sepatutnya dimiliki mereka sejak awal lagi, dan dihutang untuk lebih daripada 15 tahun. Malah, mereka mempertikaikan mengapa hutang ini dilangsaikan hanya semasa PRK Hulu Selangor?
Pertukaran kepentingan
Sememangnya, peneroka FELDA patut mendapat pampasan sebaik sahaja mereka menjual tanah. Bagaimanapun, kerajaan memilih jalan penyelesaian agar usahawan swasta mengambil alih projek ini, dan menanggung pampasan kepada peneroka FELDA.
Namun demikian, seandainya diteliti syarat yang dikenakan oleh BN, iaitu kuasa kerajaan negeri dikembalikan kepada BN, ia sebenarnya mendedahkan realiti bahawa ia merupakan rent seeking, yang akan menyaksikan bagaimana pertukaran antara kepentingan ekonomi dengan undi politik.
Sejak zaman kemerdekaan, penduduk Melayu kawasan luar bandar yang memperolehi bantuan daripada FELDA, menyumbang undi untuk UMNO-BN, sehingga dianggap sebagai kubu yang paling kukuh untuknya. Menurut perangkaan, terdapat hampir 1 juta pengundi di bawah rancangan FELDA. Dengan ini, biarpun BN kehilangan banyak undi di kawasan bandar dalam PRU ke-12, tetapi mereka masih mengekalkan kuasa kerajaan melalui undi dari luar bandar, khususnya peneroka FELDA.
Sekali imbas, FELDA ditubuhkan pada tahun 1956 untuk membebaskan penduduk Melayu di kawasan kampung daripada belenggu kemiskinan. Pada tahun 1960-an, kemiskinan di kawasan luar bandar berada di atas paras 70%. Pada masa yang sama, orang Melayu yang mencakupi 60% daripada jumlah populasi kebanyakannya tinggal di luar bandar.
Keadaan ini menjurus kepada jurang pendapatan antara kaum yang semakin melebar. Ketidakseimbangan dalam pembangunan ini menunjukkan bahawa ia bukan sekadar satu isu ekonomi, tetapi isu politik yang sensitif.
Oleh itu, kerajaan pada masa itu menubuhkan FELDA, memberi bantuan untuk orang Melayu agar mereka memiliki tanah, lantas menyara diri dengan aktiviti pertanian. FELDA menyasarkan orang Melayu, nelayan, serta bekas tentera yang tidak memiliki tanah.
Pada mulanya, rancangan ini dijalankan dengan model "kolektif", iaitu setiap peneroka FELDA memperolehi nilai saham yang sama, dan menikmati hasil tanah yang diterokai. Namun, cara ini telah mengakibatkan fenomena "free rider" (penumpang), yang mana sesetengah peneroka mengecapi hasil tanpa menitiskan peluh.
Seterusnya, kerajaan menstrukturkan rancangan FELDA, dengan membahagikannya kepada tiga peringkat, iaitu melatih peneroka untuk bertani, memberi tanah untuk diusahakan dan pemindahan hak milik tanah kepada peneroka. Di sebaliknya, peneroka mendapat hak tanah melalui pinjaman, yang dijelaskan dalam tempoh 15 tahun. Walaupun peneroka menjadi tuan milik tanah, tapi mereka tetap perlu mendapatkan kelulusan kerajaan atau FELDA jika ingin menjual tanahnya.
Rancangan asal tinggal nama
Sememangnya usaha FELDA berhasil dalam meningkatkan pendapatan peneroka, namun rancangan ini akhirnya terpesong daripada matlamat asalnya. Sumber tanah dan subsidi lain yang diperuntukkan telah menjadi satu permainan "rent seeking".
Pada asalnya, rancangan FELDA bertujuan untuk meningkatkan pendapatan peneroka melalui pemberian tanah dan bantuan teknikal kepada mereka. Namun, ia berakhir dengan kebanyakan peneroka FELDA menjadikan pertanian sebagai kerja sambilan, dan mencari peluang pekerjaan di kawasan bandar yang berdekatan.
Keadaan ini menjadi ketara pada tahun 1980-an, apabila Malaysia memasuki era perindustrian dengan lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan. Berbanding dengan kegiatan pertanian yang tidak menentu hasilnya, pekerjaan dengan gaji yang tetap lebih disenangi.
Maka, ramai peneroka FELDA bertindak mengupah pendatang asing untuk mengerjakan tanah mereka, sementara diri mereka pula membuat kerja yang tidak berkaitan dengan pertanian ataupun bekerja di kilang.
Menurut satu kajian di FELDA yang dijalankan oleh Josiane L. Massard iaitu "Are Malaysian land settlers (new) peasants? Anthropological observation of a nascent community", peneroka FELDA mengakui bahawa pertanian bukanlah kerja sepenuh masa mereka.
Menurut pemerhatian beliau lagi, tujuan FELDA adalah membantu meningkatkan pendapatan peneroka supaya berada di atas paras kemiskinan (above-poverty-line income). Namun, pada hakikatnya, kebanyakan peneroka FELDA mencapai matlamat tersebut melalui sumber pendapatan yang lain.
Peneroka FELDA dan ahli keluarga mereka bekerja di kawasan bandar, kilang, tapak pembinaan, ataupun sebagai pemandu dan pengawal keselamatan di syarikat swasta, malahan ada juga yang bekerja dengan kerajaan tempatan selain kerjanya di bawah rancangan FELDA. Keadaan sedemikian membantu meningkatkan taraf hidup secara sementara mahupun secara kekal, dengan kerja sambilan dan kerja tetapnya.
Bertukar menjadi dasar perkauman
BN enggan membubuh noktah kepada rancangan FELDA, walaupun ia gagal mencapai matlamat asalnya. Ini kerana ia merupakan saluran yang paling berkesan untuk mengawal undi orang Melayu di kawasan luar bandar. Di sebaliknya, penduduk FELDA terus menyokong rancangan ini kerana pemilikan hak tanah, serta bantuan dan subsidi kerajaan persekutuan untuk memastikan pendapatan pertanian mereka terjamin.
Sebagaimana yang diketahui, kerajaan persekutuan menggubal polisi afirmatif yang tertentu untuk membantu rancangan FELDA. Misalnya, kilang pemprosesan minyak kelapa sawit diwajibkan untuk membeli minyak sawit mentah daripada peneroka FELDA (tanpa mengambil kira faktor kualiti minyak). Malahan, ketika harga melambung, kilang terpaksa membeli dengan harga pasaran; ketika harga menjunam pula, kilang perlu membeli dengan harga yang lebih tinggi daripada pasaran. Langkah ini menjamin pendapatan peneroka, sementara memupuk sikap kebergantungan mereka terhadap bantuan kerajaan.
Selain daripada itu, subsidi baja yang diperuntukkan kepada peneroka FELDA dengan tujuan untuk mengurangkan kos pertanian telah dijual kepada petani lain, sebagai salah satu "skim cepat kaya" untuk mengaut keuntungan.
Rent-seeking
Keadaan semakin dahsyat apabila penduduk FELDA mengambil kesempatan daripada peningkatan harga tanah lantaran proses urbanisasi, untuk mengaut keuntungan dengan menjual tanah mereka.
Ketua Bahagian Kajian Tekno-Ekonomi Majlis Kelapa Sawit Malaysia (MPOM), Mohd Arif Simeh dan Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Tengku Mohd Ariff Tengku Ahmad sewaktu menghadiri Bengkel Serantau Diversifikasi Komoditi Eksport dan Kemiskinan di Selatan dan Asia Tenggara pada April tahun 2001, telah menyatakan bahawa arus urbanisasi telah membawa satu trend baru untuk pembangunan rancangan FELDA.
Mereka menyatakan bahawa sesetengah kawasan yang berdekatan dengan koridor pembangunan ekonomi, termasuk Sungai Buaya (Selangor), Bukit Cherakah (Shah Alam), FELDA Sendayan (Negeri Sembilan) dan Felda LBJ (berdekatan dengan KLIA) telah dibangun semula menjadi kawasan perumahan dan industri. Perkembangan ini telah melonjakkan harga tanah FELDA secara mendadak. Ramai peneroka FELDA telah menjadi jutawan dengan menjual tanah mereka.
Peneroka FELDA di Sungai Buaya
Pada hakikatnya, 363 orang peneroka FELDA dari Sungai Buaya cuba menjadi jutawan dengan cara sedemikian. Tetapi, nasib mereka agak malang kerana hasrat tersebut tidak kesampaian lantaran krisis ekonomi yang menyebabkan projek pembangunan tergendala.
Kes ini cumalah sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan peneroka FELDA. Menurut perangkaan pada tahun 2001, terdapat 48,800 orang peneroka telah memperolehi hak milik tanah, yang membawa kepada jumlah keluasan 220 ribu hektar.
Pada ketika peneroka FELDA di Sungai Buaya berunding dengan kerajaan BN berhubung pampasan tanah mereka, penduduk India yang bekerja sebagai penoreh getah yang sama-sama hidup dalam kemiskinan di kawasan luar bandar Hulu Selangor, tetap tidak memiliki seinci tanah biarpun bertahun-tahun berjuang.
Apabila kerajaan membekalkan kemudahan asas yang lengkap termasuk jalan raya, sekolah, kemudahan perubatan dan kesihatan, bekalan elektrik dan air kepada penduduk FELDA, sesetengah penduduk asli dan penduduk India yang tinggal di kawasan perkampungan masih tidak dapat menikmati kemudahan asas yang lengkap seperti jalanraya dan bekalan elektrik serta air.
Kerajaan pimpinan Najib menekankan bahawa tindakan afirmatif yang baru dalam Model Ekonomi Baru akan menyasarkan bantuan mereka kepada 40% golongan yang pendapatannya paling rendah. Jadi, tibalah masanya kerajaan BN meneliti dan mengkaji semula rancangan FELDA, agar penduduk luar bandar yang kemiskinan dimanfaatkan, tanpa mengira warna kulit. Langkah perlu diambil untuk memastikan golongan miskin dari semua kaum dimanfaatkan melalui FELDA, dan bukan kekal sebagai alat politik UMNO untuk meraih undi Melayu.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment