Isu Negara Islam Tak Laku Di Sibu
SIBU 12 Mei - Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad berkata cubaan SUPP untuk menakut-nakutkan pengundi Sibu dengan mengunakan isu negara Islam tidak akan berkesan kerana rakyat di sini sudah memahami dan menolak dakyah yang disebarkan oleh Barisan Nasional.
Dzulkefly berkata isu ini tidak lagi relevan dalam konteks muafakat politik yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.
"Kalau nak tahu apa yang diperjuangkan oleh PAS, boleh rujuk kepada kesepakatan prinsip dan dasar yang ditandatangani oleh ketiga-tigas pemimpin tertinggi PAS, KEADILAN dan DAP.
"Apa yang diminta oleh SUPP untuk PAS menukar perlembagaan parti adalah tidak munasabah dan logik kerana setiap parti ada idealogi masing-masing.
"Tetapi apabila kita bermuafakat dalam Pakatan Rakyat kita berpegang kepada dasar yang kita sama-sama sepakati dan bukan menekan idealogi masing-masing dan ini tidak termasuk isu negara Islam," jelas Dzukefly kepada Suara Keadilan.
Beliau berkata isu negara Islam pernah menyebabkan kekalahan tokoh DAP, Lim Kit Siang dan Karpal Singh kalah pada pilihan raya umum 1999 tetapi sesudah itu isu tersebut telah ditolak oleh pengundi di Semenanjung melalui propaganda 'satu undi untuk PAS, satu undi untuk negara Islam'.
"Saya bersetuju dengan Kit Siang bahawa kita perlu berdepan dengan isu ini dan jangan gentar.
"SUPP tahu muslihat mereka mungkin terdedah kalau isu didebatkan dan akhirnya rakyat Sibu akan faham mengenai isu negara Islam. SUPP berharap isu ini memberi pulangan politik kepada mereka.
"Kita mesti lajakkkan isu ini dan gempur BN habis-habisan supaya kita dapat runtuhkan penipuan dan temberang. Mereka tidak boleh tipu rakyat Sibu kerana rakyat lebih celik dari dulu," kata beliau lagi.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment