JHEAINS pantau kubur Ashaari
SEREMBAN - Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Johani Hassan hari ini menasihatkan umat Islam agar mengelak daripada melakukan perkara kurafat.
Katanya, tindakan akan diambil terhadap kawasan yang dikenal pasti di Negeri Sembilan sebagai tempat 'membayar niat' bagi membanteras amalan kurafat di kalangan umat Islam.
"Amalan pemujaan jelas bercanggah dengan akidah," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata, demikian ketika mengulas kebimbangan kubur bekas pemimpin kumpulan Al Arqam yang diharamkan, Ashaari Muhammad atau lebih dikenali dengan panggilan Abuya oleh para pengikutnya di Kampung Pilin, Rembau dijadikan tumpuan
amalan khurafat.
Mengulas lanjut mengenainya, beliau berkata, setakat umat Islam untuk membaca Al-Quran dikubur Allahyarham Ashaari itu memang dibenarkan tapi jangan sampai memuja.
Johani berkata, jabatannya dan jawatankuasa masjid Kampung Pilin sedang memantau perkara tersebut.
Ashaari, 73, meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh, Perak pada pukul 2.10 petang 13 Mei lepas, tiga hari selepas dimasukkan di hospital itu kerana jangkitan paru-paru.
Jenazahnya selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pilin pada malam itu juga.
Sementara itu, Bernama difahamkan kubur Ashaari berada dalam keadaan terkawal manakala ada beberapa pengikutnya bergilir-gilir menjaga kubur berkenaan.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment