Kit Siang Cadang Debat Anwar-Najib Isu Sekolah Cina

Oleh Dzulkarnain Taib

SIBU 13 Mei - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencadangkan agar diadakan debat terbuka antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung isu sekolah Cina di negara ini.

"Najib komen mengenai komitmen Anwar berhubung sekolah Cina di negara ini semalam. Saya ingin cadangakan supaya kedua tokoh ini berdebat mengenai siapa yang lebih komited untuk mengintegrasi sekolah Cina ke dalam sistem pendidikan negara.

"Kita juga mahu rakyat tengok dan lihat siapa di antara mereka lebih serius untuk memgembalikan kegemilangan Malaysia yang kini merundum teruk dalam semua bidang," kata beliau pada sidang media harian di Pusat Media pakatan Rakyat di sini pagi tadi.

Berhubung dengan prestasi kempen Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil P212 Bandar Sibu 16 Mei ini, Kit Siang berkata beliau yakin calon DAP yang dibantu oleh jentera KEADILAN dan PAS kini sedang meruntuhkan kekebalan SUPP-Barisan Nasional di Sibu.

"Pada hari keenam kempen pilihan raya kecil ini saya yakin kita telah mencapai tahap peluang 48 peratus berbanding 52 peratus bagi BN.

"SUPP kini sudah bau suasana ketakutan yang menyelubungi mereka. Mereka amat yakin Sibu milik mereka pada peringkat awal tapi kini berada dalam ketakutan walaupun mereka melakukan pelbagai ugutan, menabur wang kepada pengundi dan menggunakan "senjata pembunuh" isu negara Islam.

"Kita akan terus berusaha keras sehingga saat terakhir dalam dua hari ini bagi mencerahkan lagi peluang calon DAP dalam pilihan raya kecil ini," kata beliau lagi.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.