PRK Sibu: sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu, beri makan mereka makan, minta mengundi mereka tak mahu.
DAP Rebut Kerusi Parlimen Sibu
STRATEGI bagi untuk memikat hati pengundi nampaknya tidak berkesan di Sibu , Sarawak, di mana Barisan Nasional gagal mempertahankan kerusi Parlimen itu.
Calonnya, Robert Lau Hui Yew dari parti SUPP dikalahkan oleh calon DAP, Wong Ho Leng dengan kelebihan undi tipis 398.
Lau memperoleh 18,447 undi manakala Wong mendapat 18,845 undi dan calon bebas Narawi Haron 232 undi.
Peratusan mengundi yang rendah – sekitar 60 peratus – dikatakan berpunca daripada pemilih yang tinggal di luar kawasan tidak balik mengundi.
Melihat perkembangan pilihan raya kecil Sibu dari jauh, saya tidak berani membuat kesimpulan tegas selain mengatakan mungkin juga wujud unsur pemulauan atau boikot oleh pemilih.
Nampaknya pengundi Cina bukan sahaja tidak meneruskan sokongan kepada BN seperti dalam pilihan raya umum 2008, sebaliknya berpindah menyebelahi DAP walaupun BN memberi belasan juta ringgit peruntukan segera kepada sekolah jenis kebangsaan Cina dan menjanjikan pelbagai projek serta tindakan.
Mengubahsuai pantun lama; sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu, beri makan mereka makan, minta mengundi mereka tak mahu.
Jelas bahawa usaha BN mendapatkan semula undi Cina masih tidak berhasil walaupun telah memberi dan menjanjikan pelbagai kemudahan.
Walaupun keputusan PRK Sibu bukanlah ukuran atau bukti mutlak kekuatan DAP, namun ia menjadi salah satu petunjuk bahawa BN Sarawak mungkin menghadapi cabaran besar dalam pilihan raya negeri akan datang.
Bagi DAP, kemenangan ini sangat manis kerana ia memberikan parti itu seorang perwakilan tambahan di Parlimen di saat-saat rakan kongsinya, PKR sedang dalam krisis dan kehilangan wakil dalam Dewan Rakyat. Sekarang DAP sah parti komponen Pakatan Rakyat terbesar di Parlimen.
http://kadirjasin.blogspot.com/
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment