Zainuddin Maidin Tidak Layak Dianugerah Tokoh Melayu Terbilang!

Oleh Mohd Sayuti Omar

SAYA hampir terlupa semalam, 11 Mei adalah hari jadi Umno yang ke-64. Kalau bukan kerana seorang teman menelefon memberi tahu hal itu saya mungkin tidak teringat kepada Umno. Jadi selamat hari jadi duhai Umno! Didoakan semoga Umno terus berjasa dan memberi keberkatan kepada orang Melayu negara ini seperti mana matlamat asal penubuhannya 11 Mei 1946 dulu.


Tadi.. teman menelefon memberi tahu yang Umno telah menganugerahkan Tokoh Melayu Terbilang kepada Zainuddin Maidin, (foto) bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu dan juga bekas menteri Penerangan. Sekali lagi, saya tidak tahu kalau Zainuddin menerima anugerah itu kalau teman itu tidak memaklumkan kepada saya.

Tetapi, saya tidak mahu mengucap tahniah kepada Zainuddin atas penganugerahan itu. Bukan apa, kerana saya menerima alasan diberikan teman itu yang mempersoalkan penganugerahan itu kepada Zainuddin. Menurutnya penganugerahan tokoh itu kepada Zainuddin mencacatkan Umno dan mengotorkan martabatnya sebagai parti Melayu tulen.

Menurut teman itu yang juga bekas seorang wartawan Utusan Melayu beliau merasa malu dan jijik dengan penganugerahan itu kepada Zainuddin. Beliau mempersoalkan atas kritria apakah Zainuddin diberikan anugerah itu. Beliau bertanya apakah jasa-jasanya kepada Umno dan Melayu.

Sepatutnya lalunya anugerah berprestaj itu diberikan kepada mereka yang berjasa kepada bangsanya. Apakah jasa besar Zainuddin di dalam hal ini? Begitu juga kalau hendak diambil kira anugerah itu kerana beliau berjaya mencetuskan Hati Nurani Rakyat menerusi Utusan Melayu apakah cetusan yang dilakukan sepanjang dia berkhidmat di Utusan. Dalam pengamatannya Utusan ditangan Zainuddin dan diwarisi hari ini bukan menaikan martabat Melayu sebalik memecah belah orang Melayu, Utusan juga telah menjadi agen menimbulkan kecelaruan dalam pemikiran orang Melayu.

Katanya dia tidak nampak jasa-jasa besar dan agung Zainuddin baik kepada Umno dan juga Utusan Melayu. Di Utusan Melayu beliau gagal menjadikan akhbar itu sebagai akhbar yang dihormati dan rujukan semua orang Melayu. Beliau telah menjadikan Utusan Melayu sebagai lidah Umno yang pelahap dan dangkal. Utusan telah ditukar menjadi alat propaganda murahan untuk Umno.

Mengenai jasanya dalam Umno tutur teman itu lagi, Zainuddin baru menyertai Umno sekitar tahun 80-an dalam erti kata lain dia baru menjadi ahli Umno. Jadi macam mana Umno boleh menganugerahkan gelaran itu kepadanya. Beliau juga mengungkitkan semasa Zainuddin menerajui Utusan beliau telah mengarahkan Utusan agar mengkritik dan menghina institusi raja-raja di negara ini dengan mendedahkan keperibadian sembilan raja-raja Melayu.

"Saya pelik dengan penganugerahan itu. Hendak kata Zaindudin seorang memperjuangkan Melayu tulen ia boleh dipertikiakan apabila memerhatikan kepada tindak tanduknya. Semasa dia mengetuai Utusan, Zainuddin adalah pengkhianat kepada Melayu dan agama Islam," kata teman itu lagi.

Sambungnya lagi, Zainuddin adalah anti Islam dan sering memperlekeh Islam di dalam penulisan-penulisannya. Ruangan pojok Awang Selamat dikhasnya untuk menghina Islam. Klimek kepada penentangan dan kritikan kepada Zainuddin ialah apabila imam masjid Keramat pernah menyeru supaya Awang Selamat bertaubat kerana sindiran sinisnya kepada Islam menerusi pojok berkenaan.

"Kebencian Zainuddin kepada budaya Arab Islam, pemakaian kopian dan purdah (tudung) kalangan wanita jelas sekali. Beliau pernah melarang Utusan daripada menyiarkan gambar mereka yang berkopiah dan bertudung. Larangan ini menggembarkan watak dan peribadian Zainuddin yang anti kepada islam," ujar teman itu lagi sambil menyambung Zainuddin juga bersikap anti kepada gerakan Islam seperti Abim dan Darul Arqam.

Sampai akhirnya, teman itu tidak mengerti dengan penganugerahn itu. Beliau juga menyifatkan penganugerahan itu sebagai menghina para tokoh-tokoh Melayu dan pejuang lain dalam Umno yang masih hidup. Katanya masih banyak tokoh yang lain untuk diberikan anugerah itu dan jasa mereka lebih banyak berbanding dengan Zainuddin Maidin. Kalau dibarisan nama-nama seprrti Tan Sri Hussein Ahmad, Sanusi Junid, Musa Hitam atau Tengku Razaleigh Hamzah lebih layak untuk dinobatkan dengan anugerah itu bukannya Zainuddin.

Apakah katanya, Najib mengharap dengan penganugerahan itu untuk memastikan selepas ini Zainuddin akan menulis sebuah buku untuk mengakat dan mendewakan Najib sebagai dewa yang menyelamatkan Umno selepas ianya cuba dibunuh oleh Abdullah Badawi menerusi karektor dan kepimpinan perdana menteri ke empat itu? Mungkin juga sewaktu beliau dianugerahkan tokoh itu Zainuddin sudah pun menulis bab penutup buku yang dimaksdukan itu

http://msomelayu.blogspot.com/

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.