Habis Lagi Duit Rakyat Kat Bik Mama

Cadangan Perluaskan Projek Permata Pintar Ke Seluruh Negara - Rosmah

PUTRAJAYA, 10 Ogos (Bernama) - Projek Permata Pintar yang dikendalikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menunjukkan pencapaian membanggakan akan diperluaskan ke seluruh negara, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Namun begitu, cadangan untuk memperluaskan projek itu ke negeri-negeri lain bergantung pada peruntukan dari kerajaan, ujar Rosmah yang merupakan Penaung Program Permata Negara.

Beliau berkata kejayaan projek berkenaan terbukti apabila pelajar-pelajarnya memenangi beberapa pertandingan penyelidikan dan seni di peringkat antarabangsa.

"Kita mempunyai ramai pelajar pintar dan berbakat tetapi sukar untuk menyesuaikan diri dalam sistem pendidikan biasa.

"Sehubungan itu, kami merancang untuk memperluaskan projek ini ke negeri-negeri lain agar bakat-bakat pelajar ini tidak disia-siakan.

"Kita mahu memastikan semua anak-anak ini mendapatkan pendidikan dan kemudahan yang terbaik.

"Namun begitu, bajet menjadi kendalaan," katanya kepada pemberita mengenai kejayaan pelajar Projek Permata Pintar dan Permata Seni Muzik di Seri Perdana di sini.

Seramai sembilan pelajar Projek Permata Pintar dan seorang pelajar Permata Seni Muzik yang memenangi pelbagai pertandingan penyelidikan dan muzik di peringkat antarabangsa menerima pingat masing-masing daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Antara penerima pingat ialah Amy Ng May Kay yang memenangi pingat emas dengan menghasilkan rumah mesra alam berteraskan "Zero-Carbon Eco House" dalam 3rd APEC Future Scientist Conference di Taiwan pada April lalu dan Nisa Addina Mohamad Taufik yang memenangi empat pingat emas dalam World Championships of Performing Arts ke-15 di Hollywoord, California, Amerika Syarikat Julai lalu.

Rosmah yang melahirkan rasa bangga dengan pencapaian pelajar-pelajar pintar Malaysia mahu mereka terus memajukan diri dalam pelbagai bidang yang boleh mengharumkan nama negara di arena dunia.

"Saya banyak kali ditanya tentang apa yang kami (Permata) buat dengan bajet. Anda lihat ke mana perginya bajet itu. Kisah kejayaan pelajar Permata Pintar menjadi bukti.

"Semua peruntukan diurus oleh bendahari. Saya tak ada kena mengena dengan semua ini (peruntukan). Saya beri jaminan kepada anda semua peruntukan yang kerajaan beri dibelanjakan dengan baik," katanya.

-- BERNAMA

potong gaji
potong elaun
jimat cermat
bersederhana dalam kos
cut kos

haram semua
habis kat bini!
Bini punya pasal
kalau nak naikkan nama bik
guna duit poket sendiri la ngok!

No comments

Powered by Blogger.