Isu Bola Sepak Pulau Pinang: Si Zahrin Biawak Nak Salahkan Kerajaan Negeri

Tiada bantuan kerajaan negeri punca merosot


GEORGETOWN 7 Ogos – Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) hari ini mendakwa bahawa penurunan mendadak prestasi pasukan bola sepak negeri sejak tahun 2009 berlaku berikutan masalah kewangan yang kritikal dihadapi persatuan itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim berkata, FAP kecewa dengan komitmen yang diberikan kerajaan negeri yang tidak serius dalam membantu mengembalikan mutu bola sepak tempatan yang semakin merosot.

Beliau mendakwa pakatan pembangkang di bawah pimpinan DAP tidak membantu memberi dana dan bantuan kewangan kepada FAP sejak menerajui negeri itu empat tahun lepas.

"Bantuan pernah diterima menerusi agensi di bawah kerajaan negeri iaitu Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang masing-masing memberi peruntukan sebanyak RM250,000 pada tahun 2009 sahaja.

"Selepas itu tidak ada lagi sebarang peruntukan yang diterima FAP hingga kini berbanding zaman kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional. Saya difahamkan ketika itu, FAP mendapat peruntukan sebanyak RM3 juta untuk membangunkan, mengurus, mengendalikan pasukan serta program berkaitan bola sepak,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung persatuan itu di sini.

Beliau berkata keadaan itu mengakibatkan FAP terpaksa mencari sendiri dana untuk menampung semua keperluan memandangkan persatuan itu hanya bergantung kepada bantuan dana daripada kerajaan persekutuan.

Zahrain berkata seharusnya kerajaan negeri komited untuk membantu membangunkan semula sukan bola sepak di negeri itu yang semakin merosot tanpa membezakan fahaman politik.

Pulau Pinang tersingkir dari Liga Perdana musim depan setelah menduduki tangga terbawah liga setelah 20 kali kalah, sekali menang dan seri dan hanya mengumpul empat mata. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.