Kenyataan Ketua Penerangan Umno Kelantan Dangkal Dan Bodoh!

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/184129_10150341185078140_269683628139_9694804_3202228_n.jpg


Serbuan Serbuan Gereja Di Selangor : UMNO Kelantan Ibarat Meludah Ke Muka Sendiri

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyelar kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Dali Hussin seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan hari ini 09 Ogos 2011 di halaman K2. Beliau di dalam kenyataannya itu dilaporkan menyebut bahawa pimpinan PAS Kelantan lebih mementingkan politik kepartian berbanding menjaga kedudukan Islam apabila enggan masuk campur di dalam isu serbuan gereja di Selangor.

Kenyataan Dali Hussin itu merujuk kepada kenyataan YAB al-Mursyidul Am PAS yang menyerahkan kepada PAS Pusat dan kerajaan Selangor untuk melakukan siasatan dan menentukan sikap di dalam isu ini.

DPPNK amat simpati jika inilah tahap pemikiran Ketua Penerangan UMNO Kelantan di dalam keadaan UMNO Kelantan kononnya sedang melancarkan ‘gelombang hebat’ untuk merampas Kelantan daripada PAS. Perlu diingatkan, kenyataan al-Mursyidul Am PAS itu dibuat berikutan PAS Pusat masih di dalam peringkat menyiasat lebih lanjut isu ini dan pertemuan dengan pihak JAIS dan gereja sedang diatur bagi mendapat gambaran sebenar. Tidak timbul soal PAS Kelantan tidak berani masuk campur kerana isu ini berlaku di Selangor dan pihak-pihak yang terlibat lebih berautoriti untuk mendedahkan fakta dan data.

Jika semua isu yang dihebohkan oleh media massa milik UMNO diambil kira, negara akan menjadi porak peranda berikutan media massa milik UMNO hanya pandai memanipulasi maklumat tanpa fakta yang benar. DPPNK ingin memperingatkan Dali isu yang dihebohkan beberapa bulan lepas di mana kononnya ada pihak yang ingin menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara. Setakat manakah siasatan isu ini? Mana pihak yang sibuk menjadi hero ketika isu ini dihebohkan? Bukankah akhirnya terbukti bahawa maklumat yang diperoelhi hanyalah dipetik dari blog yang tidak bertanggungjawab? Rekod menunjukkan bahawa media massa milik UMNO amat mahir menimbulkan isu sensitif tanpa sebarang sumber yang jelas.

Di Kelantan, di mana UMNO ketika kerajaan negeri Kelantan disaman oleh tiga individu 20 Julai lepas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana menghalang premis judi beroperasi? Sedarkah Dali bahawa individu yang menyerahkan writ saman itu kepada media ialah Datuk Ti Lian Ker iaitu Ahli Jawatankuasa MCA Pusat bagi menunjukkan kebersamaan MCA di dalam menyokong saman tersebut. Sedarkah Dali apa hubungan MCA dengan UMNO? Atau pemimpin UMNO Kelantan masih tenggelam dalam gelombang merah ciptaan sendiri sehingga tidak sedar apa yang berlaku? Untuk rekod, berita tentang saman ini turut dilaporkan oleh lidah UMNO, Utusan Malaysia pada 21 Julai 2011 di muka hadapan dan berita lanjut di muka 6.

DPPNK menasihatkan pimpinan UMNO Kelantan agar berhati-hati di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh dilihat rakyat sebagai kenyataan yang dangkal dan tidak berpijak di bumi nyata. Jangan nanti kenyataan yang dikeluarkan dilihat sebagai meludah ke muka sendiri. Akhir kata, selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan al-Mubarak.
Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,

Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bertarikh : 9 Ogos 2011

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/185221_10150341185613140_269683628139_9694821_7580468_n.jpg

Kawan-kawan kami yang atas pagar selalu bertanya, macam mana orang jahil dan bodoh macam ni umno kelantan angkat sebagai pemimpin? kami hanya jawab, umno kelantan dah lama mampus!

No comments

Powered by Blogger.