Kes Tajuddin Ramli ditangguh hingga 29 Sept 29, peguam Umno membisu



Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Kes saman berjuta ringgit dan saman-saman balas melibatkan Tan Sri Tajuddin Ramli dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditangguhkan sehingga 29 September ini ekoran satu arahan kontroversi daripada Putrajaya agar kesemua pihak menyelesaikannya di luar mahkamah.

Peguam Umno Datuk Hafarizam Harun enggan bercakap mengenai isu itu hari ini meskipun arahan Putrajaya menerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri

Nazri Aziz menyebutkan bahawa beliau akan mewakili kesemua GLC.

“Saya dalam mesyuarat (Sibu). Biar ia selesai sebelum kita bercakap... maaf, terima kasih,” kata beliau menerusi mesej SMS pagi tadi.

Hafarizam juga enggan mengesahkan atau menafikan sama ada firmanya terlibat dalam urusan yang iambil kerajaan pusat itu tetapi menekankan bahawa nama firmanya telah disalah eja.

“Saya hanya dipandu oleh apa yang ditulis dalam The Malaysian Insider,” kata beliau.

“Biar peguam-pegaum yang bertindak bagi GLC dan Tajuddin Ramli selesaikan dulu. Apa-apa saya kata (sekarang) akan ada impak,” katanya lagi.

The Malaysian Insider difahamkan sekitar 10 peguam yang mewakili sejumlah 38 syarikat dan individu yang disaman oleh Tajuddin telah membangkitkan surat

Nazri dan isu penyelesaian luar mahkamah dalam satu pertemuan tertutup dengan hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Md Raus Sharif, yang dilantik sebagai hakim pengurusan bahagian komersial di mahkamah Kuala Lumpur tahun lalu.

Seorang peguam yang bertindak bagi salah satu GLC berkata dia hanya mengetahui tentang perintah itu semalam dan belum menerima pemakluman formal daripada pelanggannya.

Peguam itu yang enggan namanya didedahkan berkata dia belum menerima sebarang arahan agar menyerahkan apa-apa kepada firma guaman dinamakan surat Putrajaya.

No comments

Powered by Blogger.