Ketidakadilan Pembahagian Notebook 1Malaysia
Salam sejahtera;
Saya bagi pihak penjaga salah seorang pelajar dari Sekolah Dato’ Undang Haji Adnan, 71350 Kota, Negeri Sembilan ingin mengadu tentang ketidakadilan pihak sekolah dalam membahagikan notebook 1Malaysia kepada pelajarnya.
Untuk makluman pihak tuan, guru-guru telah memilih senarai pelajar yang layak menerima notebook secara rawak. Pihak sekolah tidak mengkaji latar belakang pelajar dengan lebih teperinci. Saya berkata demikian adalah kerana ada pelajar yang berasal dari keluarga yang berkemampuan menerima telah bantuan tersebut. Penjaga kepada pelajar tersebut merupakan seorang guru manakala ibunya masih bekerja.
Selain itu, ada juga pelajar yang mempunyai penjaga yang berpendapatan melebihi kelayakan yang sepatutnya telah mendapat bantuan ini. Saya bagi pihak yang prihatin ingin memaklumkan bahawa lebih ramai lagi pelajar di sekolah ini yang layak menerima bantuan notebook antaranya keluarga pelajar yang menerima bantuan PPRT tetapi malangnya mereka tdak diberi perhatian olah pihak sekolah. Jadi, dimanakah hilangnya keprihatinan guru-guru terhadap anak murid yang susah tetapi mempunyai masa hadapan yang cerah jika pada waktu ini mereka diabaikan?
Diharap dengan aduan ini,pihak yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera kerana kita semua maklum bahawa sumbangan notebook 1Malaysia ini adalah berterusan dan tidak mahu perkara yang sama berulang lagi. Sekian..
By: ahmad diah

No comments
Post a Comment