Lebih 1.5 juta pekerjasa asing didaftar
Seramai 1,548,798 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pekerja asing sah telah didaftarkan di bawah program penyelesaian menyeluruh pendatang asing tanpa izin (PATI) atau Program 6P sehingga semalam.
Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim berkata daripada jumlah itu, 834,233 adalah mereka yang didaftarkan menerusi Program Pendaftaran Pekerja Asing Sah.
Di Sabah, jumlah PATI yang telah didaftarkan sejak 18 Julai lalu adalah seramai 157,966, katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini.
Alwi juga berkata satu kaunter setempat telah diwujudkan di ibu pejabat kementerian di Putrajaya bermula semalam bagi menangani semua masalah teknikal yang dihadapi 336 syarikat pengurus yang mengendalikan pendaftaran.
Kaunter tersebut dikendalikan kakitangan kementerian dan wakil syarikat pembekal yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sistem perisian yang digunakan dalam Program 6P.
- Bernama

No comments
Post a Comment