MB Kedah Dapat Rawatan “Diam-diam” Di IJN

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kini ditahan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini sejak Sabtu lalu.

Berita mengenai tahap kesihatan beliau dirahsiakan daripada umum serta belum diterbitkan oleh mana-mana pihak termasuk akhbar rasmi parti PAS, Harakah.

Sumber memberitahu AANS, beliau datang ke IJN untuk menjalani pemeriksaan biasa Sabtu lalu namun terpaksa ditahan selepas pemeriksaan mendapati terdapat saluran darah tertentu di bahagian jantungnya yang hampir tersumbat.

“Beliau boleh bercakap tetapi tidak boleh lama, terpaksa menggunakan bantuan pernafasan kalau banyak bersuara,” katanya.

Sumber berkenaan bagaimanapun enggan mendedahkan jika Azizan berada dalam keadaan tenat atau tidak.

Azizan juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau.

Beliau mula berkhidmat selaku Menteri Besar bermula 9 Mac 2008 dan kini berusia 67 tahun.

http://facebookaans.blogspot.com/2011/08/mb-kedah-dapat-rawatan-diam-diam-di-ijn.html

No comments

Powered by Blogger.