Pesanan Terkini Dari TG Haron Din Selepas Keluar Dari IJN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgqHi9UmvSbtBwoBgkxfk9Vr1y99RynjPS8qmfVn90Uw9ylmq2-IaftWicowVDgc1Hceummng0Y8U5lXXC0-hcx1TayAnkzVxprrp8DGXyzRC3LbiYM5YuIQOXrJQ2yikgLCEeyWHhZaHg/s1600/TuanGuru_UtzHaronDin1.jpg

Assalamualaikum

Saya sudah keluar dari IJN dan pulang ke rumah. Selama ditahan di CCU IJN, saya telah melalui tiga prosedur rawatan;

1) angiogram, 2) ultrasound angiogram, 3) MRI.

Laporan pemeriksaan masih bawah penelitian doktor. Saya dibenarkan pulang untuk berehat dan akan melalui temujanji susulan dengan doktor di IJN. Doktor telah menasihatkan saya supaya berehat, dan saya akan bercuti beberapa hari.

Pulang dari IJN dan berehat di rumah, saya sempat melayari laman web dan facebook Darussyifa’. Saya juga membaca email-email dalam google group ahli Darussyifa’. Membaca komen yang jumlahnya mencecah ratusan, saya sangat teruja dan terharu dengan ingatan, doa, dan kata-kata perangsang daripada tuan-tuan/puan-puan.

Saya ucapkan jutaan terima kasih dan Allah sajalah yang layak membalasnya.

Haron Din. 4 Ogos 2011
__

Doa untuk Tuan Guru

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam, puji-pujian ke atas anugerah nikmat-nikmat-Nya dan Dialah yang menolak segala bala bencana dan kami bermohon dengan anugerah kelebihan-Nya. Ya Allah, wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala kepujian sebagaimana yang selayaknya dengan kebesaran zat-Mu dan kemuliaan serta keagungan kekuasaan-Mu.

Wahai Allah! Rahmatilah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan juga ke atas Ahli Keluarga dan para Sahabat Baginda kesemuanya.

Ya Allah, anugerahkanlah ke atas Tuan Guru Dato Dr. Haron Din, penawar daripada penawar-Mu, kesembuhan daripada kesembuhan-Mu dan keberkatan daripada keberkatan-Mu, juga rahmat daripada rahmat-Mu terhadap penyakit-penyakit yang dialami olehnya, sembuhkanlah dia, sembuhkanlah dia, sembuhkanlah dia dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.

Kami bermohon kepada Allah Yang Maha Agung , Tuhan yang memiliki Arasy yang agung agar Allah menyembuhkan Tuan Guru kami.

Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui yang zahir dan yang rahsia daripada kami maka ampunilah kami, dan Engkau mengetahui hajat-hajat kami maka tunaikanlah hajat-hajat kami, Ya Karim Ya Allah wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.

Amin.

No comments

Powered by Blogger.