Tujuh Maut,Dua Parah Dalam Kejadian Tanah Runtuh

http://media.themalaysianinsider.com/images/sized/images/uploads/slideshows/camerons-aug8-358x239.jpg

CAMERON HIGHLANDS, 8 Ogos – Tujuh termasuk empat wanita maut,manakala dua parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli SungaiRuil di Brinchang, di sini petang semalam.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Normadiah Lasik, 69, Ali Hassan, 50,Jaafar, 49, Mohd Ikbal Jaafar, 15, Sara Gunung, 37, Norma Gunung, 51, danYusnizan Yusof, 22, manakala yang parah pula ialah Bah Anjang Besar a/l Anjang,39, dan Serry Priary a/p Suri, 15 tahun lapor Bernama.

“Segala operasi mencari dan menyelamat telah dihentikan pada 1.50 pagi.

Bagaimanapun pihak polis meneruskan bagi menjalankan operasi kawalan di kawasankejadian,” kata Ketua Polis Cameron Highlands DSP Wan Zahari Wan Busu kepada pemberita, di sini.

Beliau berkata mangsa terakhir ditemui 1.20 pagi. Kesemua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom untukbedah siasat manakala yang parah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk rawatan lanjut, katanya

Wan Zahari berkata berkata kedua-dua mangsa yang cedera itu dilaporkan stabil.

“Sebanyak 248 anggota pelbagai agensi antaranya polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan SMART dan Rela terlibat dalam operasi di kawasan kejadian,”katanya.

Beliau berkata kesemua 60 keluarga yang mendiami rumah di kawasan berisikosudah dipindahkan ke Dewan Serba guna Brinchang di sini.

Dalam kejadian 5.45 petang itu, banjir lumpur dan tanah runtuh selepas hujan lebat sejak 5 petang, menimbus tiga rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin diperkampungan berbukit berkenaan.

Sementara itu, di Dewan Serba guna Brinchang pada 4.30 pagi tadi didapati proses pemindahan kesemua keluarga terbabit masih berjalan dibawah penyelenggaraan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Cameron Highlands.

Pemindahan kesemua keluarga itu, yang dibuat secara pukal, dibantu oleh pengangkutan pihak polis.

Jurucakap JKM memberitahu mereka akan tinggal di situ sementara menunggu pengesahan status kawasan kediaman mereka di Sungai Ruil selamat untuk diduduki semula.

No comments

Powered by Blogger.