Hasan Ali cadang Nik Aziz, Hadi ganti Anwar jadi PM
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali mencadangkan supaya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya dan jika Pakatan berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Sekiranya umur menjadi faktor penghalang, maka Hasan mencadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana kedua-dua mereka adalah calon yang mampu dan berkelayakan.
Hasan berkata apabila memilih seseorang pemimpin, selain rekod prestasi mereka dalam kerajaan dan peringkat antarabangsa, latar keluarga mereka juga perlu diberi perhatian.
"Kita juga perlu melihat sekeliling, terutama sama ada keluarga mereka baik, isteri dan anak-anak yang baik. Ini kerana mereka umpama cermin kepada masyarakat."
"Atas sebab ini, orang yang paling layak memimpin Malaysia dan yang terbaik saya tahu adalah Nik Aziz."
"Jika umur adalah faktor, maka Abdul Hadi boleh. Mengapa Hadi tidak boleh? Kerana dia tidak terlatih di England atau Oxford atau Cambridge?" soal beliau.
Hasan berkata, kedua-dua pemimpin itu mempunyai cara hidu, latar keluarga dan rekod prestasi serta pengalaman mereka berurusan dengan rakyat yang cemerlang.
"Jika saya mempunyai kuasa untuk membuat cadangan saya akan nama kedua-dua mereka sebagai calon perdana menteri yang berpotensi untuk menerajui negara," katanya.

1 comment
orang yg ada uqdah nafsiah(superiority complex) dan 'ananiyah (sombong) yg menggunung mcm asang geli nie dah lama sangat tak boleh nak lwn populariti dsai...dia terlampau jealous ngan kekuatan dsai.....
dan lagi bila dia bagi cadangan mcm nie.....bermakna dia bersetuju dgn agenda umngok untuk musnahkan karier politik anwar....tak kan penyokong Pas tak paham lagi kot dgn perangai hipokritis asang geli nih??
kah kah kah
Post a Comment