Iceland boikot semua produk Israel

REYKJAVIK, Jumaat – Pihak berkuasa di bandar raya Iceland, Reykjavik, meluluskan resolusi memboikot semua barangan dan produk Israel yang dijual di negara itu.

Resolusi itu diputuskan sebulat suara berikutan tindakan Israel yang berterusan menjajah negara Palestin.

Usul itu pada awalnya dicadangkan Ahli Majlis Parti Pakatan Demokratik Sosial, Bjork Vilhelmsdottir yang menyatakan bahawa beliau mahu menghabiskan sisa hidup dengan melakukan kerja-kerja kemanusiaan di wilayah Palestin.

“Saya percaya bahawa negara sedang menghantar mesej yang jelas bahawa ia tidak akan membeli produk dari Israel.

“Ini kerana tindakan Israel yang menindas kaum lain,” katanya.

Perkara yang sama diutarakan Presiden Majlis Bandar dan Pengerusi Parti Bright Future, Bjorn Blondal.

Katanya, tindakan memboikot barangan Israel ini merupakan simbolik yang menunjukkan Bandar Raya Reykjavik menyokong hak rakyat Palestin untuk merdeka dan pada masa sama mengutuk dasar aparteid Israel di wilayah Palestin yang dijajahnya.

“Ini adalah satu cara aman untuk membantah kezaliman,” katanya.

Iceland merupakan penyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menaik taraf status Palestin kepada negara pemerhati. – Agensi

No comments

Powered by Blogger.