Pandangan Dr Zaharudin Berkenaan Isu Bai'ah
Salam semua.
Saya berharap rakan-rakan yang merupakan ahli Parlimen atau ADUN yang ingin menyeberang ke parti lain supaya berhati-hati dengan Baiah Ta'liq justeru kesannya sangat besar. Diharap mereka tidak terpengaruh dengan rakan-rakan yagn lain justeru mereka tidak tertakluk dengan Ta'liq tersebut.
Perkara ini jangan dipandang mudah justeru ianya melibatkan hukum, maka ianya perlu dirujuk kepada pakar, bukan kepada figure yang tidak berkenaan. hari ini tersebar WA yang kononnya dirujuk kepada SU Ikhawan Antarabangsa kononnya mengeluarkan fatwa tidak jatuh talak. Perlu diingatkan, hukum bukan dirujuk kepada ahli politik kecuali ahli politik tersebut adalah pakar dalam bidang syariah.
Saya ingin komen ringkas mereka-mereka yang menyebarkan fatwa dari mufti Penang bahawa Ta'liq tersebut tidak jatuh, tetapi penghujahannya sangat tidak konsisten justeru ia mengaitkan dengan Qasam Mulgha (sumpah diabaikan) kemudian cara keluarnya ialah sembelih kambing. Kalau Qasam Mulgha, mana ada perlu sembelih kambing? Sembelih kambing kalau kes Qasam Haqiqi khususnya apabila melibatkan Nazar, bukan Qasam mulgha. lagi satu, saya tengok tulisan tersebut agak keliru sebab beliau tidak dapat bezakan antara Baiah, Ta'liq, Qasam (sumpah) dan Nazar.
Awas juga mereka yang nukilkan daripada Dr Yusof Qardhawi sebab saya dah cek fatwanya, ia adalah Non-Sequitur (غير في محل النزاع).
Saya cuma bimbang jika ianya tidak dihalusi, maka kedudukan mereka suami isteri dari segi hukumnya akan bermasalah. Dari segi legalnya, kalau ada orang buat report ke pejabat agama, mereka mungkin boleh ditangkap khalwat. Mungkin!
Cuma maaf, saya tiada masa mencukupi untuk saya coret lebih ilmiah. Saya hanya coret ringkas ini sebagai pesanan saudara se Islam tentang kesan yang besar di sebalik 'penyeberangan parti' bagi mereka-mereka yang terlibat dengan ta'liq.
Sekian.
- Zaharudin Muhammad.

No comments
Post a Comment