KONGRES RAKYAT SEDANG BERLANSUNG (GAMBAR)
KONGRES RAKYAT SEDANG BERLANGSUNG
Alhamdulillah, subhanalLah wa Allahu Akbar. Kehadiran ke Kongres Rakyat yang sedang berlangsung di Shah Alam kini di luar jangkaan pihak penganjur. Setakat yang telah berdaftar lebih 5,000 dan masih ramai lagi di luar bangunan tidak dapat masuk kerana penuh dan sesak.
KONGRES RAKYAT: Dari Rakyat kepada Rakyat dengan Acuan Islam dan Masyarakat Madani ke arah Malaysia Sejahtera.
Ucapan Perasmian TGHH di dalam Kongres Rakyat:
(1) Mengambil ayat dari Surah Al-Hujuraat. Penciptaan manusia untuk berkenalan (Ibnu Khaldun dalam Mukaddimah menyentuh Masyarakat Madani) dan bantu-membantu.
(2) Agenda penjajah memisahkan manusia dengan pelbagai ideology dan strategy. Memisahkan antara aqidah dan syariat. Sedang Islam itu syumul.
(3) Opportunist dan pelampau tidak ada tempat di dalam Islam. Pemimpin perlu sedar perhitungan dosa dan pahala.
(4) Oleh kerana itu, kami mahu Putrajaya dgn Islam. Kita mahu kemenangan politik bersama kemenangan agama.
(5) Melayu perlu ditegakkan dengan Islam bukannya semangat kebangsaan. Islam adalah penyelesaian dan wawasan kita ialah wawasan menuju redha Allah.
(6) Islam mengajar ekonomi yang adil. Keadilan kepada kedua-dua golongan miskin dan kaya, tidak menzalimi yang kaya dan tidak menindas yang miskin.
(7) Menjadi pemimpin untuk menunaikan amanah, bukannya mencari peluang.
(8) Ilmu yang bermanfaat, akhlak yang mulia, aqidah yang suci adalah asas penyelesaian masalah.
(9) Liberal Kapitalisme yg dianjurkan oleh US adalah recipe for disaster.
(10) Ada orang kata kita seperti anjing menyalak bukit, tak apa... Tapi sebenarnya anjing bukan menyalak bukit, tapi menyalak babi di atas bukit!
No comments
Post a Comment