JAWAPAN BALAS KEPADA ‘STATEMENT’ DATO’ DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN (MAZA)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيْمِ
Merujuk kepada POSTING Dr Maza di FB beliau bertarikh 9 September 2015, pada jam 8.20 pagi, yang bertajuk PENJELASAN FITNAH YUSSAINE YAHYA TERHADAP PENTADBIRAN AGAMA PERLIS, berikut adalah penjelasan saya:-
1. Ucapan saya dalam video 4 minit tersebut bukanlah bertujuan untuk menyentuh dan mempertikai Pentadbiran Agama Perlis, dan jauh sekali untuk mempertikai dan mendurhakai Tuanku Raja Perlis dan Tuanku Raja Muda Perlis selaku YDP Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs).
Akan tetapi ianya hanyalah sebagai pandangan peribadi saya berkenaan beberapa tindakan kurang bijak dari individu yang bernama Dr MAZA. Ini adalah kerana tindakan beliau telah menimbulkan suasana yang tidak selesa di kalangan rakyat Negeri Perlis dalam isu khilafiah. Berbanding dengan Mufti Perlis sebelum ini (Dr Juanda) yang berupaya menguruskan isu khilafiah dengan baik tanpa menimbulkan keresahan di kalangan rakyat Negeri Perlis.
2. Selain itu para ulama telah menetapkan satu kaedah “al-Hukmu ‘Ala Syaiin Far’un ‘An Tasauwurihi” (hukum yang tepat terhadap sesuatu perkara itu bergantung kepada gambaran yang jelas tentang perkara tersebut). Maka bagaimana Dr Maza boleh membuat penilaian terhadap maksud saya hanya berdasarkan keratan video 4 minit dari video asal keseluruhan ucapan saya selama lebih kurang sejam (60 minit) tersebut.
3. Saranan saya kepada seluruh lapisan masyarakat Negeri Perlis agar kita menumpukan kepada perkara yang lebih besar dalam menunaikan tuntutan agama dan kehidupan kita. Marilah kita mengekalkan taat setia dan ketaatan kita kepada DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis di dalam perkara yang telah disepakati oleh agama dan berlapang dada di dalam perkara yang kita berbeza pendapat (yang dibenarkan oleh agama).
YUSSAINE BIN YAHYA
10 SEPTEMBER 2015

No comments
Post a Comment