Sumpah Dan Baiah Wakil Rakyat Negeri Kelantan



Sila isikan nama penuh Ahli Parlimen dan ADUN PAS anda yang telah mengisytiharkan menyertai PAN semalam di ruangan kosong yang disediakan. (10 markah)

Sumpah dan Baiah

Bahawa saya .................. berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan rasul-Nya dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Dan bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, WALLAHI WABILLAHI WATALLAHI sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah terpilih menjadi ahli dewan negeri/dewan rakyat, maka tertalaklah isteri/isteri-isteri saya dengan tiga talak dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ahli dewan tersebut adalah haram.

Dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah WALLAHI WABILLAHI WATALLAHI untuk meletakkan jawatan dari menjadi ahli dewan negeri/dewan rakyat tersebut apabila saya keluar atau dipecat dari parti.

No comments

Powered by Blogger.