TIADA TAHALUF SIYASI DENGAN ORANG ORANG YANG KHIANAT

TIADA TAHALUF SIYASI DENGAN ORANG ORANG YANG KHIANAT

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memberikan jawapan yang jelas bila menyebut "tiada tahalluf siyasi dengan orang orang yang khianat".

Lagipun kandungan lafaz baiah yg telah diikrarkan secara sukarela oleh pemimpin pemimpin yg khianat yang telah diamanahkan mewakili PAS dalam pilihanraya adalah jelas menyebut mereka "dilaknat oleh Allah dan sekelian makhluk yang melaknat".

Mereka boleh menjadi calon PAS kerana adanya watikah pencalonan yang dikeluarkan oleh PAS. Bukannya pihak lain.
Mereka menunjukkan sifat yang sangat keji dengan mengambil mudah ke atas ikrar baiah mereka yang merupakan perjanjian besar mereka dengan Allah SWT dalam memperjuangkan Islam yang sudah diletakkan syarat selagi tidak melanggar syariat.

Tiada hujah nyata tentang mana mana pelanggaran syariat yang menyokong pelanggaran baiah. Alasan mereka semata mata kerana tidak bersetuju dengan pendirian Presiden dalam banyak perkara.
Ini adalah alasan semata mata kerana kumpulan mereka kecewa tidak sampai fantasi mereka untuk menguasai PAS melalui muktamar agong dan keputusan pemilihan di peringkat akar umbi.
Masalahnya yang bersetuju dengan Presiden PAS sebanyak 80%, mereka cuma 20%.

Mereka tidak menghormati keputusan demokratik didalam mesyuarat dan muktamar. Ini bercanggah dengan syariat.
Mereka mengambil mudah dalam soal hukum hukum agama. Menganggap perjanjian dan baiah boleh dilanggar hanya dengan nilai kaffarah. Meremehkan institusi mahkamah syariah sebagai pihak berkuasa yang memutuskan soal talak.

Dalam banyak isu berkait prinsip dan dasar Islam, mereka jelas membelakangkan hukum dan perjuangan Islam dengan mengutamakan restu pihak yang keras permusuhannya dengan Islam. Mereka malah mengumumkan akan mengundi menentang hudud jika itu pendirian rakan rakan mereka.

Jika mereka "dilaknat oleh Allah SWT dan semua makhluk yang melaknat", di mana wajarnya PAS bertahaluf siyasi pula dengan mereka ini?

Tidakkah tindakan ini (jika PAS bersetuju bertahaluf siyasi dengan orang orang yang khianat), seperti PAS pula mengambil mudah baiah berkenaan.

Kita tak mungkin boleh percaya kepada pengkhianat.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat

Ketua Penerangan Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Negeri Terengganu

Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu
17hb September 2015

No comments

Powered by Blogger.