Mereka Cabar Dasar Islam Dari Zaman Pemerintahan TG Nik Aziz
Sokongan Dewan Pemuda PAS Kelantan terhadap tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandar raya Islam (MPKB-BRI) yang mengambil tindakan kepada premis perniagaan yang mempamerkan gambar wanita seksi yang mencolok mata di AEON Mall, Kota Bharu. Memorandum sokongan diserahkan oleh Ketua Pemuda PAS Kelantan Ustaz Ahmad Fadhli Shaari kepada YDP MPKB BRI Tuan Haji Zamri Ismail pagi tadi.
Semasa Persidangan Penuh kali ke-6 tahun 2016 Ahli-ahli Majlis MPKB BRI tadi pagi, Ketua Whip Tuan Haji Azmi Nor telah melahirkan kekesalan dengan tindakan pemilik premis yang tidak sensitif dan prihatin dengan dasar kerajaan negeri. Ketua Whip juga melahirkan penghargaan atas sokongan Dewan Pemuda PAS Kelantan dan berkata MPKB tidak keseorangan dalam melakanakan dasar Membangun Bersama Islam.
Kata Cikgu Mi lagi "Kalau nak berniaga, buat cara nak berniaga. Kalau tidak gi ke tempat lain. Ni Kelantan ada peraturan yang mesti dipatuhi" di samping mengharapkan tindakan lebih tegas kepada mereka yang sengaja dilihat mencabar dasar kerajaan negeri sedangkan ia perkara asas yang telah lama diketahui dan dilaksanakan sejak era Almarhum Tuan Guru Nik Aziz.
No comments
Post a Comment