TERKINI! KEADILAN teruskan perbincangan PRN Pulau Pinang



KEADILAN teruskan perbincangan PRN Pulau Pinang

PETALING JAYA 26 JULAI: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Khas KEADILAN sebulat suara belum yakin dengan cadangan diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut DUN Pulau Pinang.

Katanya KEADILAN tetap bersedia meneruskan perbincangan dengan parti rakan di dalam Pakatan Harapan.

“Justeru KEADILAN akan menghantar satu delegasi pimpinan tertinggi parti untuk menerangkan pendirian ini kepada pimpinan DAP dalam masa terdekat,” kata Wan Azizah.

Beliau mengumumkan perkara demikian selepas mesyuarat di Ibu Pejabat KEADILAN di sini, malam ini.

Wan Azizah berkata, KEADILAN sebagai rakan politik terus berjuang untuk mempertahankan mereka yang dianiaya dan dizalimi.

Katanya, ia termasuk kes pendakwaan politik Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai lagi yang bangkit melawan rejim Umno-Barisan Nasional.

Rabu lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberitahu sidang berita bahawa DAP akan memberi masa kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PKR dan Amanah) untuk berbincang sebelum membuat keputusan mengenai PRN itu.

EZY

No comments

Powered by Blogger.