Adun Melor Terima Rawatan Lanjut Di Hospital Selayang
KOTA BAHARU: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, yang sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) akan menerima rawatan lanjut di Hospital Pakar Selayang, Selangor dalam masa terdekat ini.
Wan Ismail, 59, yang menghidap Hepatitis B dan dimasukkan ke HUSM sekembalinya dari Mekah Jumaat lalu, bagaimanapun tidak dapat menentukan tarikh sebenar pemergiannya ke hospital itu sehingga diberitahu oleh doktor yang merawatnya di HUSM.
"Ketika ini pihak hospital sedang menyiapkan laporan perubatan sebelum menentukan tarikh saya akan dimasukkan ke Hospital Pakar Selayang," katanya ketika ditemui di Wad 8 Selatan HUSM hari ini.
Beliau berkata keadaan kesihatannya dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di hospital itu.
Wan Ismail berkata, beliau dikesan menghidap penyakit itu kira-kira lima tahun lalu dan menjalankan aktiviti seperti biasa sebagai ADUN dan semakin serius ketika beliau berada di Mina sewaktu melontar di jamrah. "Saya bagaimanapun Alhamdulillah sempat mengerjakan haji dengan sempurna walaupun tidak sempat melontar pada hari ketiga taysrik dan terpaksa mewakilkan kepada orang lain," katanya.
Pada pilihan raya umum 2008, Wan Ismail mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Azmi Ishak dengan majoriti 1,616 undi.
Wan Ismail juga kini sedang menghadapi kes tuntutan mutaah sebanyak RM1 juta daripada bekas isterinya, Siti Aishah Chou Abdullah, 25, yang berasal dari Kemboja sebagai pampasan perceraian mereka mengikut peruntukan Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002.-BERNAMA

No comments
Post a Comment