Jarno Trulli, Heiki Kovalainen dan Fairuz Fauzy Pemandu F1 Malaysia

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Jarno Trulli dari Itali dan Heikki Kovalainen dari Finland dipilih sebagai pemandu pertama dan kedua Pasukan Lotus F1 Racing Malaysia.

Pemandu tempatan, Fairuz Fauzy pula dipilih sebagai pemandu ketiga pasukan berkenaan.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Pasukan Lotus F1 Racing disahkan oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) menjadi salah sebuah pasukan yang menyertai perlumbaan F1 musim 2010 pada September lepas.

Shabery yang bercakap bagi pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, projek Lotus F1 akan menjadi batu loncatan ke arah industri teknologi tinggi negara.

"Saya sangat gembira dengan bakat-bakat tempatan yang dipilih untuk menjayakan pasukan ini dan lebih membanggakan ialah dengan kejayaan program pembangunan pemandu yang sekaligus dapat mengggalakkan sukan permotoran di kalangan rakyat Malaysia.

"Projek ini bukan sahaja dapat membuatkan negara berasa bangga, tapi ini adalah batu loncatan untuk Malaysia ke arah pertumbuhan masa depan yang lebih cerah terutamanya industri teknologi tinggi.

"Projek ini sepatutnya bukan sahaja mendapat sokongan 100 peratus rakyat Malaysia, malah individu serta syarikat-syarikat bagi memastikan ia mencapai kejayaan," katanya.

Shabery juga berkata beliau secara peribadi tertarik dengan barisan pemandu Lotus F1.

"Gabungan pemandu yang berpengalaman, bersemangat dan mempunyai stamina yang mantap, saya yakin dengan pasukan Lotus F1," katanya.

Lotus adalah salah satu daripada empat pasukan baru yang menyertai acara itu musim hadapan sekali gus menjadikan jumlah penyertaan kepada 26 buah pasukan.

kerja menteri macam tu jer la..cakap jer

No comments

Powered by Blogger.