Laporan Polis Terhadap Ketua SPRM

Saya Manikavasagam a/l Sundaram selaku Ahli Parlimen Kapar membuat laporan polis berikut berdasarkan maklumat yang telah saya perolehi baru-baru ini.

Laporan in berkaitan dengan pemberian kontrak secara rundingan terus oleh Ketua Pesuruhjaya , Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dato’ Seri Haji Ahmad Said bin Hamdan tanpa mengikut prosidur-prosidur sedia ada.

Dato Seri Haji Ahmad Said bin Hamdan selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM atau yang sebelumnya dikenali sebagai Biro Pencegah Rasuah (BPR) dikatakan telah memberi kontrak pembekalan peralatan pakaian secara “HEAD TO TOE “ bernilai hampir RM 7.5 juta kepada sebuah syarikat yang langsung tidak ada kaitan dengan kehendak SPRM /BPR.
Maklumat yang saya perolehi melalui carian syarikat mendapati bahawa tuduhan tersebut adalah berasas. Syarikat Mariwasa Kraftangan Sdn Bhd dengan alamat perniagaan di Kuala Kangsar, Perak pembuat Medal serta kraftangan berasaskan logam telah diberi kontrak secara rundingan terus tanpa sebarang tender terbuka.

Saya percaya wujudnya anasir-anasir pecah amanah kerana Kementerian kewangan tidak membenarkan pemberian Kontrak dengan secara Rundingan Terus atau “Direct Negotiation”. Kelonggaran hanya diberi dalam keadaan berikut :

i. Peralatan yang hendak dibeli hanya dibuat oleh syarikat/pengeluar/pembuat berkenaan dan tidak boleh diperolehi di pasaran terbuka “open market” atau “off shelf”

ii. Peralatan yang hendak dibeli dibuat oleh syarikat/pengeluar/pembuat kepada spesifikasi kerajaan yang khusus atau “specific requirement” mengikut keperluaan pengguna

iii. Keperluaan kerahsiaan peralatan tersebut seperti alat komunikasi pasukan elite yang menggunakan frekuensi khas agar tidak berlaku ‘tapping’ atau ‘jamming’

iv. Lain-lain keadaan yang mengambil kira keperluan kerajaan.

Pemberian kontrak secara rundingan terus sebegini kepada syarikat bukan pembuat dipercayai telah mengakibatkan peningkatan harga-harga barangan yang bekalkan. Mariwasa Kraftangan Sdn Bhd dikatakan telah mendapatkan sebahagian peralatan daripada sebuah Peniagaan Pemilikan Tunggal yakin, Bena Yakin Enterprise yang beroperasi di Kajang, Selangor yang sebaliknya memperolehi bekalan dari sebuah syarikat lain. Ini telah mengakibatkan kenaikan harga barangan berlipat ganda.

Mariwasa Kraftangan Sdn Bhd juga dipercayai memberi sub-kontrak pembekalan seluar dan baju kepada Maroz Tailoring Sdn Bhd yang beroperasi di Kuala Lumpur.

Saya mencurigai kewujudan gejala-gejala “Criminal Breach of Trust” kerana :
a) Tidak tender terbuka dipanggil ;
b) Prosidur-prosidur pemberian Kontrak secara rundingan terus tidak diikuti;
c) Kementerian Kewangan memperlukan pembekal seperti Kasut dan tali Pinggang Kulit , diperolehi dengan syarikat yang ada ‘Central Contract’ dan bukannya melalui pembuat barangan logam
d) Kemungkinan pengunduran Ketua Pesuruhjaya SPRM dengan tiba-tiba ada kaitan dengan pemberian kontrak-kontrak sebegini.

Saya memohon diadakan satu siasatan bebas diadakan dengan serta-merta menyiasat bagaimana pemberian kontrak-kontrak oleh seorang yang seharusnya memperkasakan Intergriti Negara tidak mengikuti prosidur-prosidur yang telah ditetapkan.

Sekian laporan saya.
MANIKAVASAGAM SUNDARAM


No comments

Powered by Blogger.