SEKITAR SEMINAR EKONOMI PAS PAHANG, 6 DISEMBER DI KUANTAN
Ekonomi Negara Tenat – Dr Dzulkefly Ahmad.
Malaysia kini sekarang berada dalam keadaan tenat dan statik kerana terperangkap dalam nilai tambah rendah, pendapatan rendah dan produktiviti rendah sehingga meletakkan negara dalam keadaan tenat -’stagnate’. Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga (antara) Pengerusi Penggubal Bajet Pakatan Rakyat Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad ketika membentangkan kertas kerjanya dalam Seminar Ekonomi anjuran Badan Perhubungan PAS Pahang berkata, ini adalah akibat daripada pengurusan ekonomi negara yang curang, pincang dan tempang Katanya, negara kehilangan pelaburan asing (FDI) di mana pada ketika negara-negara Asean lain menikmati pelaburan masuk, kita pula wang keluar lebih banyak daripada wang masuk sehingga bukan sahaja pelabur luar tidak masuk malah pelabur dalam negeri pula membawa dana keluar.
“Namun dalam keadaan ini nampaknya kerajaan lebih cenderung mengambil pendekatan rakyat didahulukan dengan nakna dikorbankan iaitu panarikan balik subsidi”. “Inilah masalahnya apabila pada masa negara mempunyai kelebihan pendapatan dahulu pemimpin pula berbelanja dengan bermewah-mewahan,” uijarnya. Bagi merungkai permasalah tersebut, Dr Dzulkifly yang ditugaskan memantau keadaan ekonomi negara bagi pihak ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat berkata, beliau mencadangkan fokus perancangan negara dirobak semula demi melonjakkan penjanaan kekayaan dan kemakmuran negara secara lestari dan saksama. Katanya, pembangunan sistem sumber tenaga alernatif diperbaharui semula selain memperkenalkan prasarana yang moden, lengkap dan sesuai untuk ekonomi karbon rendah (low-carbon economy), termasuk sistem pengangkutan awam berintegrasi bertaraf dunia dan sistem kitar semula yang menyeluruh. “Kerajaan sepatutnya memperkukuhkan sektor pertanian dengan kaedah-kaedah terbaru demi menjamin kedaulatan dan keselamatan makanan juga meneraju industri-industri inovatif masa hadapan di mana Malaysia mempunyai kelebihan daya saing seperti sumber tenaga alternatif, pelancongan, perbankan Islam dan industri halal”. Bagi tujuan pendemokrasian ekonomi pula Dr Dzulkefly membuat beberapa penegasan seperti membanteras ketirisan, kebocoran, penyelewengan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang elah melesapkan kekayaan negara. “Kerajaan juga mesti mengelakkan cukai barangan dan perkhidmatan yang membebankan golongan berpendapatan rendah dan merombak sistem tender supaya adil, telus, terbuka dan memberi nilai terbaik untuk duit rakyat”. “Semua ini bagi menjamin agar hasil keuntungan daripada khazanah negara dinikmati secara adil oleh rakyat dan bukan golongan berkepentingan sahaja”. Dr Dzulkefly turut menggesa kerajaan berusaha menjana ekonomi berprestasi tinggi di mana asasnya ialah tenaga kerja berpendidikan dan berkemahiran tinggi, menarik balik golongan berpendidikan dan berkemahiran tinggi dari luar negara dan menjamin peluang pendidikan dan latihan belia negara supaya dilengkapi dengan penyediaan sepenuhnya untuk menyumbang kepada ekonomi kemahiran tinggi.
Baca sepenuhnya di http://www.sidangonline.net

No comments
Post a Comment