Nasihat untuk ahli-ahli Politik, khasnya Ahli-Ahli Parlimen Malaysia
Oleh: neraca
"Kehidupan ini sama seperti asap yang hanya sekejap sahaja kelihatan lalu hilang serta lenyap. Sesungguhnya manusia umpama nafas sahaja, dan semuanya sekejap.
Ramai yang berharap hanya untuk kehidupan di dunia ini, dan mereka menanggap inilah 'kampung halaman' yang sebenar. Setiap hari dan masa hanyalah sibuk dengan urusan-urusan dunia ini; sibuk mencari duit, sibuk bekerja, sibuk dengan kesukaan. Mereka melupakan diri bahawa saat akan tiba apabila segalanya berakhir dan kita kembali kepada 'kampung halaman'yang hakiki atau sebenarnya,iaitu surga atau neraka.
Kehidupan juga penuh dengan penderitaan dan air mata. Walau bagaimanapun Allah memberi petunjuk, ajaran dan jalan untuk mengendalikan diri, kerana kehidupan dan kampung halaman yang sebenar bukanlah di dunia yang sementara ini tetapi di surga yang kekal abadi.
Jadi berwaspadalah supaya jangan menghanyutkan diri dalam dosa dan kesenangan-kesenangan dunia yang sementara. Ikutilah ajaran dan jalan Allah agar kita hidup selamanya dalam rahmatNya, iaitu di perkampungan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi.
Di akhirat ada dua tempat tujuan bagi roh manusia iaitu syurga dan neraka. Seketika roh manusia ditentukan masuk ke salah satu tempat itu, maka orang itu akan kekal di situ. Manakah yang kita pilih??.
Sekarang kita berjalan ke detinasi yang kita sendiri pilih- syurga atau neraka. Allah menyediakan dua jalan untuk kita pilih. Terpulanglah kepada kita untuk memilih samada jalan ke syurga atau jalan ke neraka.
Namun begitu, Allah sudah memberitahu kita di dalam Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman manis di syurga. Begitu juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Nabi Muhammad SAW juga menguatkan lagi melalui hadis-hadisnya yang masih segar dibaca dan didengar hingga ke hari ini.
Sebagai makhluk yang di beri kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya. Setiap sesuatu itu ada sebab-musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Terpulang kepada kita hendak mengikuti perjalanan ke syurga atau perjalan ke neraka.
"

No comments
Post a Comment