UMNO mahu jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang
PULAU PINANG 19 Dis. - UMNO mahu jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang kini dipegang oleh Gerakan diserahkan kepada parti itu dalam usaha mengukuhkan kedudukan perikatan itu di peringkat negeri.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, permintaan itu adalah munasabah kerana hanya wakil UMNO telah memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di Pulau Pinang pada pilihan raya umum lepas.
"Parti komponen lain tidak ada satu kerusi pun di Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan menyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di sini, semalam.
Untuk rekod, jawatan pengerusi BN Pulau Pinang tidak pernah dipegang wakil UMNO dan jawatan itu kini dipegang Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.
Dr. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berharap hasrat UMNO Pulau Pinang itu dapat dipertimbangkan oleh pemimpin BN di peringkat pusat. - Bernama
ok dah tu. kan 1malaysia kahkahkahkahkahkah

No comments
Post a Comment