Awang Adek Hina Rakyat Kelantan Yang Kerja Luar Negeri!
Kelantan terpaksa eksport pekerja kerana mundur
KOTA BHARU 28 Mac – Kelantan boleh menjadi seperti Bangladesh dan Indonesia yang terpaksa ‘mengeksport’ tenaga kerja rakyatnya ke luar negara kerana masalah kemunduran. Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, sindrom penafian tentang keadaan sebenar yang berlaku menjadi punca Kelantan terus mundur dan rakyatnya terpaksa merantau ke tempat lain.
Menurut beliau, kerajaan Pas Kelantan seharusnya berhenti menyalahkan pihak lain di atas kegagalan mereka membangunkan negeri ini.
“Kita sepatutnya menerima hakikat dan selepas itu barulah kita boleh cari jalan bagaimana hendak menyelesaikan masalah.
“Kalau kita tidak terima hakikat ini dipanggil sindrom penafian, sindrom menidakkan, ‘Eh! kita molek dah Kelantan ni, orang kata tak molek kita kata molek dah,’ ini budaya penafian” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) cawangan Kelantan kali ke-36 di Perdana Resort di sini hari ini.
Awang Adek berkata, sepatutnya pemimpin negeri ini berhenti mendakwa peluang pelaburan disekat pihak tertentu, sedangkan ia terjadi disebabkan kelemahan mereka merancang pembangunan negeri.
“Bila kita (pemimpin kerajaan negeri) nak berhenti menipu orang, kalau tidak boleh, kita kata orang sekat. Tidak disebut kelemahan kita, semuanya orang buat.
“Misalnya, kalau kita sakit, sebab orang bomohkan kita, padahal kita yang makan daging berlebihan, menghisap rokok, itu tak timbul,” katanya.
nate!
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

2 comments
Awang Adek ini 'cakap politik'. Dia sendiri pun tak bekerja di Kelantan dan kebanyakan anak buahnya pun tidak kerja di Kelantan. Memenanglah di masa kempen PRU ke12 dulu dia bercita-cita nak balik kerja di Kelantan, apakan daya tidak dimakbul Allah. Cubalah di PRU ke12 nanti kalau umur panjang.
Saya ingat ini 'cakap-cakap politik'lah. Banyak orang-orang muda dari kesemua negeri di Malaysia ini berhijrah ke Kuala Lumpur. Awang Adek sendiri bukan sahaja bekerja di Kuala Lumpur malah ada rumah di sana.Saya ada tiga saudara yang berhijrah ke Kuala Lumpur, seteleh pencen. Nanuri manusia suka tinggal di bandar-bandar besar dan mempunyai banyak kemudahan.
Post a Comment