Cabaran dan Halatuju Belia Islam di Era Globalisasi
1) Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kami menceritakan kepada kamu kisah mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, lalu kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata: Tuhan kami adalah Tuhan langit-langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran.”
(Surah al-Kahfi: Ayat 13-14)
2) Persoalan pemerkasaan belia Islam (syabab al-Islam) dalam era yang mencabar ini adalah satu fokus penting ke arah membina khayra ummah (umat terbaik) selaras dengan firman Allah SWT:
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”
(Surah Ali ‘Imran: Ayat 110)
BELIA ISLAM MASA DEPAN UMMAH
3) Pemikir dan ‘ulama Islam kontemporari, Professor Dr. Yusuf al-Qaradawi telah menyatakan bahawa belia adalah mutiara yang amat berharga kepada sesebuah negara. Kekayaan Mesir bukan pada minyaknya, bukan pada kapasnya; tetapi kekayaan Mesir terletak pada belianya. Demikian juga, Hujjatul Islam Imam al-Ghazali menyebutkan jika mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah keadaan anak muda hari ini. Maka tidak hairan jika Sukarno berkata jika mahu melihat dirinya menggegar dunia, maka berikan kepadanya 10 orang pemuda. Tetapi, persoalannya belia yang bagaimana yang ada keupayaan besar sedemikian rupa? Oleh itu, belia perlu diberi pengarahan yang bijaksana supaya mereka dapat mendepani cabaran zaman dengan jayanya.
CABARAN BELIA ISLAM DALAM ERA GLOBALISASI
4) Cabaran belia Islam dalam era globalisasi ini boleh dikategorikan kepada dua iaitu cabaran luaran dan cabaran dalaman.
Cabaran Luaran
(i) Cabaran Globalisasi (al-‘Aulamah) Itu Sendiri
Globalisasi adalah satu hakikat yang perlu ditempuh pada masakini. Globalisasi menyebabkan manusia mendapat maklumat dengan cepat dan pantas (information age) sehingga apa yang berlaku di Barat dengan cepat memberi kesan kepada bahagian-bahagian bumi yang lain. Kesejagatan ini menjadi faktor utama merubah kehidupan, rentak dan daya gerakan serantau dan antarabangsa serta tindakan ekonomi, politik dan sosial.
Oleh itu, ada dikalangan sarjana yang menyifatkan globalisasi sebagai satu bentuk hegemoni atau penjajahan bentuk baru (Neo-Colonialisme). Dalam erti kata lain, negara maju (first world) akan menguasai dunia ketiga (third world) melalui penguasaan ilmu, maklumat, teknologi, budaya, ekonomi dan politik. Ada yang menyamakan globalisasi dengan Amerikanisasi iaitu menyebar dan mensosialisasikan keperibadian Amerika ke atas dunia seluruhnya, tidak terkecuali keatas belia Islam.
Al-Qaradawi dalam bukunya Al-Muslimun wa al-‘Aulamah (Muslimun dan Globalisasi) menyebutkan bahawa globalisasi adalah penjajahan lama yang tampil dalam busana dan nama baru. Globalisasi kebudayaan memberi pengaruh paling besar menjadikan umat Islam sebagai umat “konsumer” iaitu mengguna, membeli dan memakai produk kapitalis Barat. Manusia berlumba-lumba untuk mencapai cita gaya hidup mewah sehingga menjadikan mereka manusia yang kehilangan status sebagai makhluk yang berakal dan beradab. Segala-galanya secara rakus dieksploitasikan semahu-mahunya tanpa menghormati nilai-nilai kequdusan aqidah, akhlak dan Syariah Islam.
Jelas al-Qaradawi lagi, umat Islam dapat menentang globalisasi yang negatif hanya dengan kekuatan iman, akhlak dan syariah. Arus globalisasi kebudayaan dapat dibendung dengan mengukuhkan pegangan kepada warisan kebudayaan Islam dan berterusan di atas jalan yang lurus (al-tariqah al-mustaqimah). Dr. Mahmud Hamdi Zaqzuq dalam bukunya al-Islam fi ‘Asr al-‘Aulamah (Islam Dalam Era Globalisasi) juga menyatakan maksud yang sama.
Dalam konteks dakwah, belia Islam sebagai agen penyampai mesej Islam perlu berfikiran jauh dan berjiwa besar. Krisis keyakinan diri dan sindrom “belum bersedia“ perlu diatasi dengan segera. Berjiwa besar dan berfikiran jauh telah memunculkan tokoh-tokoh dalam catatan sirah seperti Mus’ab bin ‘Umayr yang dalam usia 24 tahun menjadi utusan pengajar (muqri’) ke Madinah sebelum Hijrah, Ja’far bin Abi Talib dalam usia 20 tahun mengetuai rombongan hijrah pertama ke Habsyah dan seorang wakil gabenor yang dalam usianya 10 tahun dengan berani berkata di hadapan Khalifah ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz: “… jika umurlah dijadikan ukuran wahai Amir al-Mu’minin, maka tidaklah engkau layak kerana tempat itu milik orang yang pastinya lebih tua daripada kamu.” Maka, cabaran globalisasi sudah tentu memerlukan persiapan yang bukan sedikit dalam mendepaninya.
(ii) Kecelaruan Fahaman-fahaman Moden Yang Asing
Belia Islam pada masa kini juga menghadapi cabaran besar daripada kelahiran pelbagai aliran seperti post-modernisme, Western Human Rights, gerakan emansipasi/ pembebasan wanita, Islam liberal, black metals, JIT (Jangan Ikut Tuhan) dan lain-lain. Gerakan-gerakan ini adalah bersifat global sehingga penulis futurist bukan Islam, Patricia Abudenne dan John Naisbit dalam karya mereka Megatrends 2000 membayangkan bahawa manusia dalam alaf mendatang masih memerlukan kerohanian, tetapi menolak agama yang berlembaga (Spirituality, Yes; Structured Relagion, No). Akibatnya timbul kerohanian yang pelbagai ragam mengikut tafsiran dan olahan sendiri. Agama yang berstruktur tidak lagi dipandang penting dalam kehidupan. Perkara ini sudah berlaku dalam masyarakat Barat dan sedang berpindah ke dunia Islam termasuk di Malaysia.
Malahan, telah wujud gerakan dekonstruktif yang radikal seperti gerakan feminisme sehingga menghasilkan feminist theology yang berupa penolakan terhadap tradisional kitab suci yang disifatkan sebagai memihak kepada kaum lelaki dan menekan kaum wanita. Gerakan ini juga sudah mula melanda Malaysia dengan dikepalai oleh Sisters in Islam dan turut mendapat sokongan sehingga ke peringkat menteri. Aburdenne dan Naisbit menyatakan hal ini dalam konteks agama Kristian:
“… Feminist reject traditional interpretations of Bible, which, they argue, have been created and invoked by the male power structure to keep women submissive.”
(Patricia Aburdeen & John Naisbitt (1992), Megatrends for Women, New York, pg. 122)
(iii) Masyarakat Yang Tidak Cakna/ Prihatin
Majoriti generasi kini sedang dihinggap penyakit jiwa santai, jiwa hamba, individualistic dan mati rasa sehingga menyebabkan mereka tidak lagi merasa terpanggil untuk mempertahankan agama. Mereka lebih seronok hidup dalam gelombang maksiat daripada memikir tentang nasib umat. Akibatnya, kebejatan moral bertambah parah dikalangan umat Melayu-Islam. Penagihan dadah, rogol, sumbang mahram dan lain-lain masih berlaku dengan meluas.
Cabaran Dalaman
(i) Lemah dan Malas Befikir (al-Da’fu wa al-Kasl fi al-Tafkir)
Tajdid al-Fikr (pembaharuan pemikiran) adalah elemen terpenting dalam kebangkitan umat. Muhammad ‘Abduh, Syeikh Muhammad Rashid Ridha, Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syed Syeikh al-Hadi pada awal abad ini telah menganjurkan penyegaran semula ijtihad dan memerangi budaya taqlid. Sejak berabad lamanya umat Islam telah menghadapi fenomena kebekuan intelektual. Abu Hassan ‘Ali al-Nadawi mengatakan dunia intelek Islam telah hilang sejak zaman Ibnu Khaldun iaitu tiada lagi karya setanding dengan al-Muqaddimah selepas itu. Malik bin Nabi dan Syeikh Muhammad al-Ghazali al-Saqqa menjelaskan faktornya ialah kerana dunia Islam dihinggapi wabak lemah dan malas berfikir.
Oleh itu, perlu dipupuk kewujudan sebuah iklim intelektual yang kondusif dan tradisi keilmuan yang komprehensif, seimbang dan sepadu. Pemikiran Islam tidak lahir dalam tradisi keilmuan yang sempit; sekaligus tidak akan melahirkan ulama dan sarjana berwibawa. Tradisi keilmuan ini perlu disepadukan dengan penerapan iman dan taqwa. Belia yang berilmu tetapi perilakunya penuh dengan kebobrokan hanya membawa masalah kepada zaman. Akhirnya tidak ada beza antara mereka dengan para orientalis yang punya banyak ilmu tetapi terkutuk akhlaknya lantaran akal budinya tidak didasari fitrah keimanan. Robert Rease mengungkapkan: “The most worrying things in the future is criminal culture shaped by educated people.”
(ii) Penyakit Wahn: Cintakan Dunia dan Takutkan Mati (Hubbu al-Dunya wa Karahiyah al-Maut)
Rasulullah SAW dalam sabda Baginda SAW menyebutkan majoriti umat akhir zaman tidak memiliki kualiti kerana mengikut hawa nafsu cintakan dunia (materialistic mentality) dan takutkan mati. Kedua-dua sifat ini telah membunuh semangat untuk berjihad menegakkan kalimah Allah. Kerana itu penting untuk menghayati hikmah:
“Dirikanlah negara Islam dalam diri kamu, maka ia akan tertegak diatas bumi kamu.”
“Perbaikilah dirimu dan serukanlah orang lain.”
5) Yusuf AS dapat mengekang cabaran pujuk rayu Zulaikha dengan tiga benteng iaitu:
(1) Benteng agama iaitu iman kepada Allah.
(2) Benteng akhlak iaitu ketidaksanggupan mengkhianati tuannya (al-‘Aziz Qatfur) yang telah memberi sebaik-baik layanan terhadapnya.
(3) Benteng kemaslahatan dimana Baginda melihat kerosakan dan keaiban yang akan berlaku jika menuruti hawa nafsunya pada ketika itu.
6) 7 orang pemuda al-Kahfi (Ashab al-Kahfi) yang dijelaskan dalam ayat di awal kertas ini dapat menghadapi cabaran ancaman bunuh Raja Daqyanus jika tidak menyembah berhala lantaran benteng pegangan teguh kepada iman.
HALATUJU BELIA ISLAM DALAM ERA GLOBALISASI
a) Memahami Islam Dengan Kefahaman Sebenar dan Meningkatkan Keilmuan
Kalimah ilmu disebut sebanyak 80 kali dalam al-Quran dan dalam ratusan hadith. Dalam Sahih al-Bukhari, Imam al-Bukhari menyusun bab ilmu selepas bab iman dan wahyu. Imam Ahmad bin Hanbal menyatakan keperluan manusia kepada ilmu lebih besar daripada keperluan kepada makanan dan minuman. Abu Hurairah RA mengungkapkan: “Satu saat aku berada dalam majlis ilmu yang memahamkan aku kepada agama lebih aku sukai daripada menghidupkan ibadat sepanjang malam.“ Berbanding dengan ibadat sunat, amalan ilmu yang diajarkan kepada orang lain tidak akan terputus selepas kematian selagimana manusia mengambil manfaat daripada ilmunya; sedangkan amalan ibadat sunat akan terputus apabila seseorang itu meninggal dunia. Semua pernyataan di atas menggambarkan kedudukan ilmu pada perspektif Islam.
Atas asas ilmu inilah, nama tokoh-tokoh seperti Imam al-Syafie (mazhabnya menjadi pegangan umat Islam alam Melayu), Idris al-Marbawi (kamusnya menjadi rujukan) dan Hamka (tafsirnya dirujuk dalam pentafsiran al-Quran) tetap subur dan diingati sepanjang zaman seolah-olah mereka masih hidup sehingga hari ini. Oleh itu, peri pentingnya belia Islam menjadikan ilmu pengetahuan sebagai asas budaya bangsanya. Bangsa Jepun dan Eropah maju kerana mereka mematuhi peraturan alam dengan bekerja keras, mengkaji dan menyelidik alam tabi’i secara terus menerus dengan keupayaan akal yang diberikan oleh Allah. Para belia perlu membina tradisi intelektual yang kukuh dengan menggali khazanah ilmu silam dan disepadukan dengan perkembangan ilmu semasa. Akhirnya, akan lahir belia yang berfikir secara saintifik dan bertindak berasaskan ilmu.
b) Mengukuhkan Jatidiri Islam Dalam Mendokong Cita-cita Bangsa
Sebuah bangsa akan kekal dan mencapai kegemilangan apabila mempunyai jati diri yang tinggi. Berbicara tentang bangsa secara benar, tidaklah bermaksud asabiyyah; kerana ia merupakan hakikat kejadian Allah. Firman Allah yang bermaksud:
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silatulrahmi. Sesungguhnya Allah selalu mengawasi kamu.”
(Surah al-Nisa’: Ayat 1)
Apatah lagi sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Melayu kekal sehingga hari ini kerana dua faktor terpenting iaitu agama Islam dan bahasa Melayu. Perlembagaan Malaysia mentakrifkan Melayu sebagai seorang yang menganut Islam, lazimnya bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu dan keputusan Yang Arif Hakim Datuk Faiza Tamby Chik ketika menolak permohonan murtad wanita Melayu Azlina Jailani (Utusan Malaysia, 24 April 2001) bahawa seorang berketurunan Melayu harus kekal dalam Islam sehingga mati membuktikan kenyataan ini.
Memperkukuhkan jati diri bermaksud memantapkan keimanan sehingga timbul jiwa merdeka, jiwa yang bebas dari belenggu hamba abdi sesama manusia dengan mengakui keesaan Allah dan kekuasaan sepenuhnya milikNya. Dengan keimanan ini, belia Islam tidak merasa naïf dan lemah untuk bersaing dengan mana-mana bangsa di dunia ini, bahkan akan membawa mesej Rahmat untuk seluruh alam.
Allah SWT tidak menjamin kekalnya sesuatu bangsa hanya berasaskan kepada peribumi yang menempati tanah pusaka nenek moyang. Sudah banyak bangsa yang terusir dari tanah air, malah ada yang telah pupus di dunia ini. Pewaris bumi ini adalah orang-orang yang soleh, yang memiliki sejumlah sifat unggul menurut piawaian Allah sebagaimana ketetapanNya dalam al-Quran yang bermaksud:
“Dan sungguh telah Kami tulis di dalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) Loh Mahfuz, bahwasanya bumi ini dipusakai hamba-hamba-Ku yang saleh.”
(Surah al-Anbiya’: Ayat 105)
Sejarah membuktikan bahawa hakikat unggul atau hancurnya sesuatu bangsa bergantung kepada perilaku akhlak mereka. Allah berkuasa menghancurkan mereka dengan apa juga caranya apabila kebejatan moral sampai ke tahap puncaknya. Itulah yang telah terjadi kepada kaum Lut, penduduk Madyan, kaum ‘Ad dan kaum Thamud. Pembinasaan itu bukan penganiayaan Allah ke atas manusia tetapi akibat dosa-dosa mereka sendiri dengan melakukan kekufuran, kemaksiatan dan kejahatan beerti dengan sengaja menzalimi diri sendiri dan menempah kehancuran. Firman Allah yang bermaksud:
“Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. “
(Surah al-Ankabut: Ayat 40)
“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyaknya generasi-generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu), telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. “
(Surah al-An’am: Ayat 6)
Ayat-ayat ini memberi mesej bahawa bangsa yang akan binasa ialah bangsa yang sudah hilang kesedaran tentang dosa yang mengakibatkan meluasnya kemungkaran.
c) Menerajui Gerakan Pembaharuan (Tajdid)
Gerakan tajdid ialah gerakan untuk mengembalikan pelaksanaan Islam yang syumul dengan segala kesederhanaan dan pandangannya yang mendalam, setelah sekian lama umat Islam berada dalam penjajahan dengan melakukan pembaikan terhadap kerosakan-kerosakan, meluruskan yang bengkok, menguatkan yang lemah dan menyucikan yang kotor seterusnya menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah tertinggi. Peranan mujaddid adalah mengembalikan ma’na sebenar Islam yang diselewengkan oleh pembawa bid’ah, mematahkan hujah dan pendapat bathil yang menjadi pegangan orang-orang yang jahil.
Kejayaan tajdid bertitik-tolak daripada dua faktor iaitu pertama; adanya nilai atau idea dan kedua; adanya pelaku yang menghayati nilai dan idea tersebut. Oleh itu, perubahan pada diri belia Islam perlu dilakukan terlebih dahulu untuk memastikan kejayaan pembaharuan dalam masyarakat seluruhnya.
Sudah menjadi fitrah bahawa usaha tajdid pasti akan menghadapi tentangan; sebagaimana telah dilalui sejak risalah dakwah Nabi Nuh AS sehingga Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT bermaksud:
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah.” Mereka menjawab: “Tidak, tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati daripada perbuatan nenek moyang kami.” (Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui sesuatu apa pun dan tidak mendapat petunjuk.”
(Surah al-Baqarah: Ayat 170)
Tajdid perlulah melibatkan seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira lapisan sama ada golongan elit, kelas menengah dan bawahan serta seluruh aspek kehidupan baik politik, ekonomi, pendidikan, sosio-budaya dan lain-lain. Para tokoh tajdid bersepakat bahawa pendidikan dan pembelajaran adalah satu-satunya jalan untuk melahirkan generasi yang peka kepada fenomena sosial. Muhammad ‘Abduh menyebutkan bahawa untuk memperoleh kemakmuran negara, maka sistem pendidikan yang mantap perlu diusahakan. Jika perkara ini dapat diusahakan, maka segala matlamat tajdid yang lain dapat dicapai tanpa mengeluarkan daya fikir dan tenaga yang melelahkan. Kerana itulah Muhammad ‘Abduh telah memodenkan sistem pendidikan di Universiti al-Azhar pada awal abad lalu sekalipun mendapat tentangan daripada para ‘ulama al-Azhar.
Jika secara formal melalui kuasa pemerintahan belum dapat dilakukan oleh gerakan Islam; hakikat ini tidak menggugurkan tanggungjawabnya untuk melakukannya dalam kemampuan yang ada. Oleh itu; usaha-usaha pentarbiyyahan umat, pembinaan kader-kader dakwah, pendidikan politik dan turun padang ke golongan sasaran (target group) termasuklah remaja “rosak”, bukan Islam, intelektual, professional, buruh, orang kampung, wanita, lelaki dan segmen-segmen masyarakat perlu diteruskan. Semuanya perlu dilakukan melalui aktiviti formal dan langsung seperti kelas pengajian, forum, seminar dan lain-lain atau tidak formal seperti ziarah mesra, program sukan, aktiviti kebudayaan dan lain-lain yang boleh mencapai maksud pendidikan kearah tajdid (pembaharuan) dikalangan ummah.
PENUTUP
7) Pengkaji manhaj tarbiyyah Islam, Dr. ‘Abdullah Nasih ‘Ulwan dalam bukunya Daur al-Syabab fi Haml Risalah al-Islam (Peranan Pemuda Dalam Memikul Risalah Islam) menggariskan beberapa aspek untuk dihayati oleh belia Islam sebagai bekalan mereka:
(1) Setiap belia Islam mestilah mengetahui matlamat dia diciptakan oleh Allah SWT.
(2) Setiap belia Islam mestilah mempunyai gambaran dan maklumat tentang strategi musuh yang setiap detik berusaha menghancurkan Islam.
(3) Setiap belia Islam mestilah menaruh harapan untuk menempuh kejayaan dalam bidang dakwah dan menghindarkan perasaan pasif dan berputus asa.
(4) Setiap belia Islam mestilah mengambil contoh teladan yang ditunjukkan oleh para Sahabat seperti tercatat dalam Sirah.
(5) Setiap belia Islam mestilah yakin akan kelebihan para da’I dan jalan dakwah.
(6) Setiap belia Islam mestilah mengetahui teknik dakwah yang bijak supaya dapat memberi kesan kepada orang lain.
(7) Setiap belia Islam mestilah mengetahui dengan penuh keyakinan qadha’ dan qadar Allah SWT itu hanyalah disisiNya sahaja.
http://www.nazrichik.com/?p=1953
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment