Ekonomi pulih: Dakwaan tidak bertanggungjawab – Anwar
Oleh Rusnizam Mahat
Anwar Rakyat digesa tidak termakan dengan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, kononnya ekonomi Malaysia kembali
kukuh selepas mencatat pertumbuhan 4.5 peratus pada suku terakhir tahun lalu.
Hakikat wujudnya begitu banyak petanda asas yang mencerminkan kewangan negara begitu rapuh dan merosot walaupun media arus
perdana cuba memberikan gambaran sebaliknya.
Antara petanda berkenaan ialah :
* 450,000 kakitangan awam kumpulan sokongan tidak dibayar untuk kerja lebih masa sejak Disember lalu. Sebaliknya mereka
hanya diberikan cuti rehat.
* Khidmat ribuan pekerja kontrak awam tidak disambung termasuk pegawai-pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri. Akibatnya
pungutan cukai oleh kerajaan terjejas.
* Pelajar sekolah asrama digalakkan pulang ke rumah hujung minggu kerana pihak sekolah tidak cukup peruntukan untuk
membiayai makan minum pada tempoh berkenaan.
Selain itu, kerajaan Umno-Barisan Nasional akan memperkenalkan cukai baru dalam bentuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di
samping menarik balik subsidi petrol secara berperingkat selain mengenakan yuran khas untuk pemilik kad kredit.
Selain itu, kelewatan kementerian-kementerian tertentu seperti Kementerian Pelajaran dalam membayar kontraktor tertentu sehingga
beberapa bulan menunjukkan keadaan kewangan kerajaan adalah jauh daripada memuaskan.
Namun dalam keghairahan mencari sokongan, Najib selaku Menteri Kewangan dengan bingkas mengisytiharkan Malaysia sudah keluar
dari kemelut ekonomi kerana mencatat pertumbuhan pada suku keempat tahun lalu.
“Cuai dan tidak bertanggungjawab” itulah dalil yang diguna Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggambarkan tindakan Perdana Menteri
itu.
Cuai kerana perkara wajib sebelum mengisytiharkan sebarang pemulihan ekonomi ialah memastikan pertumbuhan berlaku untuk
sekurang-kurangnya DUA suku tahun berturut-turut dan bukannya satu.
Tidak bertanggungjawab kerana pertumbuhan yang dicatat Malaysia adalah hasil pakej rangsangan yang diumumkan oleh banyak
negara termasuk Amerika Syarikat, China, Negara-negara Kesatuan Eropah dan Jepun.
Anwar berkata pertumbuhan Malaysia didorong oleh perbelanjaan besar-besaran oleh kerajaan Malaysia dan juga di negara lain
menerusi pakej rangsangan sejak setahun lepas. Justeru, kesannya hanya bersifat sementara dan tidak boleh dikekalkan.
“Suntikan pakej rangsangan, seperti yang diketahui oleh mana-mana ahli ekonomi, sebaiknya adalah langkah sementara dan tidak
boleh dilakukan secara berterusan.
“Oleh sebab itulah, saya amat khuatir kerana kaedah pergantungan yang berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar-
besaran seperti yang diamalkan Barisan Nasional, akan membawa kita ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius.
Pakar Ekonomi Charles Santiago yang juga Ahli Parlimen Klang berkata pertumbuhan ekonomi tahun lalu tidak disokong pelaburan
pihak swasta dan pelaburan langsung asing (FDI) yang masuk ke negara ini.
Ia semata-mata hanya bergantung kepada pakej rangsangan yang dikemuka kerajaan dan akan membawa kesan kepada jumlah defisit
yang lebih meluas.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment