Gereja Katolik: Al-Islam wajar minta maaf ‘hina’ Kristian
Oleh Debra Chong
KUALA LUMPUR, 4 Mac — Gereja Katolik tidak akan meneruskan tindakan perundangan terhadap majalah Al-Islam dan pemberitanya, yang didakwa “menceroboh” majlis keagamaan gereja Katolik tahun lalu bagi menyiasat dakwaan ada kegiatan mengkristiankan remaja Islam jika ia memohon maaf secara terbuka.
Dua pemberita Al-Islam, terbitan Kumpulan Utusan, membuat pengakuan itu melalui tulisan bertajuk “tinjauan Al-Islam dalam gereja — mencari kesahihan remaja Melayu murtad” dalam majalah terbitan Mei 2009.
Mereka mengikuti upacara Kristian termasuk memakan roti suci yang disuapkan oleh paderi dan memuntahkannya kembali untuk diambil gambar — dianggap menghina Katolik dan menimbulkan provokasi.
Bercakap pada sidang media bagi pihak Gereja Katolik dan penganut Kristian Katolik, Uskup Agung Tan Sri Murphy Pakiam (gambar) berkata, adalah memadai bagi editor majalah itu dan dua pemberitanya memohon maaf secara terbuka atas tindakan mereka.
“Memaafkan adalah elemen utama ‘kelab’ kami,” kata beliau sambil menambah, pihaknya sentiasa mengutamakan amalan memaafkan orang lain dalam upacara sembahyang.
Beliau menambah, ini bukan kali pertama pihaknya menggugurkan tekanan agar diambil tindakan mahkamah ke atas mana-mana penerbitan.
Pakiam turut merujuk kepada kes di mana sebuah akhbar harian bahasa Tamil yang menyiarkan iklan Nabi Isa seolah-olah memegang satu tin minuman keras manakala satu lagi tangan pula dengan sebatang rokok beberapa tahun yang lalu.
“Selepas editor itu memohon maaf, saya memberitahu mereka, ‘Ya, saya terima permohonan maaf. Perkara ini ditutup,” kata Pakiam.
Terdahulu Pakiam membidas Peguam Negara yang memutuskan untuk tidak mendakwa majalah berkenaan dan dua pemberitanya yang menyiarkan rencana berkenaan dengan menyamar masuk ke dalam gereja Katolik.
Ekoran pengakuan pemberita berkenaan dua penganut Katolik membuat laporan polis mendakwa mereka “menceroboh” majlis keagamaan di sebuah gereja Katolik bagi menyiasat dakwaan kononnya terdapat kegiatan mengkristiankan remaja Islam di gereja.
Joachim Francis Xavier dan rakannya, Sudhagaran Stanley membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang.
Joachim berkata mereka membuat laporan itu selepas membaca artikel yang ditulis seorang wartawan majalah Al-Islam keluaran Mei 2009, yang mendedahkan tinjauannya di dalam gereja bagi mencari kesahihan kononnya remaja Melayu dimurtadkan.
Beliau berkata tindakan wartawan itu mengambil bahagian dalam upacara keagamaan yang dikhususkan hanya untuk penganut Katolik dengan tujuan mengintip dianggap sebagai perbuatan menghina agama berkenaan.
Katanya semua perbuatan itu didedahkan sendiri wartawan berkenaan dalam artikel bertajuk “Tinjauan Al Islam Dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Murtad” dan beliau percaya maklumat yang diperolehi sehingga membawa wartawan itu dan seorang kawannya ke gereja berkenaan adalah tidak benar.
Sehubungan itu, beliau meminta polis menyiasat perkara itu bagi memastikan ia tidak berulang lagi pada masa akan datang.
“Perbuatan mengintip di mana-mana rumah ibadat dianggap mencemar kesucian tempat itu,” katanya.
Polis menyiasat aduan mereka di bawah Seksyen 298A (1) Kanun Keseksaaan.
Bagaimanapun Peguam Negara memutuskan untuk menutup kes itu dengan tidak membawa tuduhan ke atas mereka.
“Arahan pendakwa raya tiada tindakan susulan akan diambil menunjukkan dan membawa mesej bahawa tiada perbuatan jenayah dilakukan, meskipun diakui oleh pemberita berkenaan, yang menghina upacara yang mulia ini,” kata Pakiam.
Bagaimanapun beliau tidak menyokong idea Sudhagaran agar demonstrasi diadakan sambil berkata, “ia bukan cara yang efektif untuk membawa penyelesaian kepada isu ini.”
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment